Followers

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TINGGAL 2010..!!

SALAM 1 MALAYSIA

Pejam celik..pejam celik cepat ja masa berlalu kan..tak sedar pun dah masuk hari terakhir bagi tahun 2010 kan..hehe
bermulanya hari esok tiada lagi tahun 2010 bagi kita..hanya kenangan manis dan pahit sahaja yang akan ditinggalkan..setiap yang berlaku sama ada pahit atau manis ada hikmahnya...segala ketentuan hanya datang dari tuhan kerana kita sebagai manusia hanya merancang..

banyak kenangan yang ditinggalkan oleh tahun 2010 bagi aku..Antaranya...:-)

1) aku berjaya menamatkan pengajian di UITM ARAU PERLIS, sebagai pelajar diploma dari Fakulti Sains dan Rekreasi..

2) tahun 2010 adalah bermulanya riwayat blog aku ini iaitu...baru je setahun jagung..dah 2 bulan aku mula mengaktifkan blog aku nih daripada bersawang-sawang kan..haha banyak benda yang aku dapat belajar daripada blogging ini..Bulan pertama sudah semestinya ramai yang tidak tahu akan kewujudan diriku ini...
(berangan la hang!!)haha


3)err..sebenarnya banyak lagi ni kenangan yang ditinggalkan dalam tahun 2010.
tetapi apa kan daya..kalau aku bercerita sampai esok pun..confirm tak habis lagi kan..haha..baik aku berhenti disini sja kan..jadi cukuplah 1..2 ja kot...dalam hati dah berbunyi wahai ENCIK MEGAT ISKANDAR ZULKARNAIN..
CUKUP LAH ckit2...(hang jangan nak over!!..)

dah nak masuk tahun baru ni kan..dah boleh tinggal tabiat lama kot..
jadi marilah kita ramai-ramai dengan azam yang baru..


"BUANG YANG KERUH..AMBIL YANG JERNIH.."


Past is past k..
lets open the new book....~




BY HARI INI DAN SEMALAM


Thursday, December 30, 2010

MEDIA INDONESIA " MAIN API "

PEMAIN Malaysia ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.

Alhamdullillah..akhirnya skuad Harimau malaya telah menamatkan penantian menjuarai Piala  SUZUKI AFF untuk  menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara...
Awal-awal lagi sudah ku bilang..
si Garuda pasti benjol di kepala..haha
nah amek kaw!!

tetapi ada segelintir penyokong indonesia dan media indonesia yang masih belum dapat menerima hakikat yang pasukan mereka tewas.
            Lantas, PELBAGAI cara dicari media Indonesia untuk mencetus rasa marah penyokong Malaysia di Jakarta. Antaranya ada yang menyebut dengan bebas bahawa pemain sayap negara, S Kunanlan adalah pemain import dari India...KHAIRUL FAHMI CHE MAT adalah penjaga gawang import dari Jepun..adehh..pelik2..lawak gila tengok kenyataan geng2 indon nihh...macam budak-budak kecil..


Jelas media di negara republik ini akan menyiarkan apa sahaja yang mereka anggap tidak menyebelahi mereka termasuk hakikat insiden laser terlebih dulu bermula di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Selepas dikejutkan oleh kenyataan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan jurulatih skuad negara, K Rajagobal pada dua sidang akhbar berlainan kelmarin, yang mengatakan penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee turut menjadi sasaran laser, media Indonesia terus berdiam diri..COME ON LAHH...!!! 

Hanya saluran televisyen RCTI menayangkan klip tidak sampai 30 saat menunjukkan Sharbinee disuluh laser ketika bertemu Indonesia pada pertemuan peringkat kumpulan 1 Disember lalu. 

Namun isu itu tidak dibincangkan sebagaimana isu lain seperti gol Christian Gonzales yang dibatalkan pengadil ketika final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. 

Kenyataan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl yang mengatakan laser bukan punca kekalahan pasukannya juga diolah semula sehingga akhirnya wujud laporan pengendali Austria itu turut menyalahkan laser di Bukit Jalil. 





wahai media indonesia dan penyokong indonesia..belajar lah menerima kenyataan bahawa pasukan anda sudah tewas..


belajar dari kesilapan....~




by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, December 29, 2010

BUMI SEMAKIN HARI SEMAKIN KECIL

          Bangun pagi gosok gigi...macam biasalah rutin harian kan..nanti kalau gigi tak gosok..busuk plak..malulah kat orang lain ..haha
Sedar atau tidak sedar..masa berlalu dengan begitu pantas..dan aku merasakan waktu sekarang berjalan semakin cepat saja..keluasan bumi juga semakin kecil...
maklumlah....
pi mai pi mai..tang tuuu jugak...
haha

pergi ke mana-mana pun..akan tetap jumpa orang yang sama kan..kan..?
pergi mana-mana pun..mesti ada yang kenal..kantoi lah...ape lah..
macam-macam lagi lah kan..haha
ditambah pula dengan kewujudan "facebook" @ "muka buku"
memang kita akan merasakan dunia tanpa sempadan yang semakin dekat dan kecil...


DAN AKU TETAP MERASAKAN
BUMI SEMAKIN HARI SEMAKIN KECIL

Benarkah andaian aku itu..?



by HARI INI DAN SEMALAM

Tuesday, December 28, 2010

KEADAAN APABILA OTAK DAH BEKU, TEKANAN MULAI TERASA

SALAM 1 MALAYSIA
HYE SEMUA

         Wah3..dah sehari aku meninggalkan dunia blog buat seketika..maklumlah,otak dah kering..tak ada idea lah..sambil menunggu tanaman anggur yang tidak berbuah..(euww..reputtt dah nih)..hehe
Cepat betol masa berlalu..tinggal 5 hari ja lagi buat aku untuk menghabiskan masa saki baki di rumah...kerana selepas ini aku akan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains sukan di Uitm Shah Alam..
ermm..segala persiapan masih belum dibuat..tekanan mulai terasa..ye lah..dah 3 bulan lebih aku cuti duk rumah je jaga anak bini,,haha confirm otak dah beku nih..susah-susah..rasa nak menjerit ja sekuat hati..huhh..
Baju-baju untuk ke kuliah aku belum kemas lagi..kasut-kasut..dokumen semua tuu..terpaksa pulak meninggalkan bantal busuk yang amat wangi itu..
dan aku rasa yang paling sayang sekali...
ialah adik perempuan aku iaitu

PUTERI QISTINA SYAKIRA

Ye lah..memandangkan kerja aku dirumah hanya menjaga/mengasuh seorang adik..sudah semestinya berat hati untuk aku meninggalkannya...
sobb..sobb..apa boleh buat..sabar je lah kan...huhu

Terima kasih sayang sebab selalu teman abg g kuar cuci-cuci mata..
hahaha


buai laju-laju




cermink mata..ciwiii...haha


by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, December 26, 2010

BATUK VS SELSEMA

SALAM 1 MALAYSIA
Wah3..euwww..cakkkk..!!
haha

Seperti yang kita sedia maklum,penyakit-penyakit  memang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita..setiap orang mesti pernah merasai sakit kan..hehe
yang tak ada penyakit tuh..p cari penyakit ok!lmakan ubat banyak2..hik3,,
harap anda sihat walafiat
bagi pendapat anda kan.....


Batuk dan selsema mana lagi sukar untuk kita melakukan kerja..??

berikut adalah hasil kajian dan temubual oleh 
DR.HARI INI DAN SEMALAM (aku lah tu kan jd doktor plak)..haha
kepada pesakit yang pernah mengalaminya...


1) Athirah_ibrahim
 selesema lah.sebab balik2 kena tarik hingus. eshh. tak selesa. hidung tersumbat!!

2) Lelaki bujang
I think selsema lagi sukar coz nk kerap guna tisu/kain je..

3) Asma
saya pilih batuk sebab batuk buat saya sakit tekak sangat sampai termuntah-muntah..

4) Eroul
aku pilih demam sebab aku aku akan dapat MC..haha..
(adehh!!ko nih memang x faham bahasa lah..aku tanya lain..jawab lain..adehh)

5) Hanazaty
kalau untuk study, selsema memang susah! =p

6)botak
aku pilih batuk lagi..ubat batuk kt rumah aku berlambak...haha

ANDA PULA BAGAIMANA...??
ok terima kasih..cukup..!!cukupp!!!!
macam-macam jawapan yang diberikan..
tapi yang sesetengah tuu ada betol kan..kan..?
haha
kalau ditanya siapa nak sakit..semua orang tak minta diberi penyakit..
apa pun kita kena redhA je dengan segala musibah yang datang..

Prevention is better than cure"
Something that you say which means it is better to stop something bad happening than it is to deal with it after it has happened



by HARI INI DAN SEMALAM

Saturday, December 25, 2010

KENAPA WANITA MUDAH MENANGIS..??

Jala-jalan makan angin..tetiba aku ada terbaca satu artikel yang boleh dikatakan menarik bagi aku untuk berkongsi dengan semua orang..ye lah..asyik bercerita tentang lelaki je..apakata aku bercerita tentang wanita pulak kan kali ini..hehe
Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi aku yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.


1. Punca wanita menangis.
  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.
  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
"Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira..."
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.


by HARI INI DAN SEMALAM

Friday, December 24, 2010

SELAMAT TINGGAL SERIBU KALI CINTA



Perkara yang tak pernah aku sangka, akhirnya aku mengikuti rancangan drama tv3 ini sampai ke penghujungnya..haha
beshh ouhh..ketawa ja aku tengok drama SERIBU KALI CINTA
buat pengetahuan anda..aku nie lelaki yang tidak suka tengok drama-drama melayu nih lebih lebih lagi kalau cita pasal cinta..memang aku off terus televisyen nihh...
memang aku sombong habis kalau layan drama melayu+cinta nih
hahaha

tetapi perkara yang sebaliknya berlaku...
cerita ini membuatkan aku jatuh hati untuk terus bagi sokongan kepada filem-filem tempatan...
tapi sayangnya cerita nih dah abis lahh...sedih2...
hahakk

"you'll make me fall in love with you..."

SELAMAT TINGGAL


SERIBU KALI CINTA


BY HARI INI DAN SEMALAM

SAYA BUDAK BARU BELAJAR..

Buah cempedak di luar pagar,

ambil galah tolong jolokkan,

saya budak baru belajar,

kalau salah tolong tunjukkan


          Wah3..!!Tak sangka hari ini sudah menjadi Hari semalam ..cepat betul masa berlalu kan..kini aku sudah dewasa..bukan budak kecil lagi ok..hehe
Sedar atau tidak, sebenarnya aku masih baru dalam dunia blog ini..sebenarnya aku dah buat blog sudah lama..tetapi tidak lah begitu aktif..dulu sebulan sekali dua jep aku post entry..follower ku kalau tak silap ada 15 orang je kot..serius...
          
Dan aku kembali aktif semenjak sebulan yang lepas..entah macamna tah tetiba aku menjadi berminat untuk menulis blog ini..dan tak disangka blog aku follower dah meningkat dengan mendadak..thankx all..i appreciate dat..
Selalunya sekarang..kalau aku tidak sibuk aku akan post satu atau dua entry..tu pun kalau ada idea lah kan,,hehe

         Errm..mulai tahun depan, aku mungkin akan meninggalkan dunia blog aku ini buat sementara waktu kerana aku sudah masuk menyambung pengajian di Uitm Shah Alam..aku dapat merasakan nanti dunia aku yang semakin sibuk..jadi nanti kalau aku dah tak aktif blogging..korang janganlah plak lupakan aku eh...(mood sedih plak..hik3,,)

Kepada yang sempat aku wat blogwalking tuu..aku akan makan-makan angin laa sekejap k kt blog korang..
so,plzz jangan ckap aku "Mr arrogant..or sombong ok"...ehehe

        Dan disini aku nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak sebab korang selalu wat blogwalking sambil singgah makan angin kat blog aku ni kan..ada jugak yang singgah makan pagi je..hehe

terima kasih awak..you
bro..kakak..adik..mak cik..nenek..pak cik..Luu










by HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, December 23, 2010

KENAPA LELAKI SUKA KELUAR MALAM..?

Lelaki suka keluar malam..penerimaan wanita macammana...??

Apa pendapat korang tentang lelaki yang suka keluar malam..?

ini adalah  jawapan berdasarkan TEMUBUAL hasil kajian yang dibuat

oleh DR.HARI INI DAN SEMALAM


1)  pink_lavender's

harap2 pas kawen xwt prangai tp aku mmg xske balik2 lmbt ni mcm dh xde hari esok..harap2 pas kawen x wt prangai tapi aku mmg xske lelaki balik2 lmbt ni mcm dh xde hari esok..


2) Gadis Ayu
aku tak der hal la...
masing2 ada kehidupan sendiri..takkan la nak kongkong lak kan..:P
belum lagi jadi laki aku..hahahah:lol:  biasala lelaki ..diorang memang akan habiskan masa malam2 tu ngan futsal la...mamak la..bola la..


3) Kia_picanto
kalau lepak jumpa kawan.. borak2.. takpe.. jgn buat keje tak senonoh.. clubbing ke.. ngorat ke.. love hotel ke.. yg tu mmg dah kene reject tuh.. 
org kata time bujang la nk enjoy sumer.. tapi biar ade hadnye.. klu balik sampai kul 4 pagi tak ngantuk ke?? esok keje cemane... 

4) Mamat_macho
tapi klu dah kawin duduk la umah.. bermesra ngan bini lagi bagus.. sesekali nak kuar malam ngan bini aku tak kisah.. aku suka gak.. tapi biar esoknye cutii.. tak la ko penat nk bangun pagii..
so jawapan nye.. biar moderate..


5)  Minah slumber
Urmmm.. kalo BF tue.. haku tak kesah... janji jangan dok mengedeng ngan pompuan len dah la.. Kalo dah jadi laki haku, haku memang bagi dia pakai cawat besi je kalo dok kuar2 malam tak tentu hala neh! 


6) Fir_za
sesekali x pe kowt..kalau selalu tu xbleh la...bkn nk mngongkong cume nk jg bg xtrbiase hdup cm tu..nnt lpas kawen pon still nk mlpak kt luar malam2 pe cite anak bini kat rumah:P



Perghh!macam-macam jawapan yang diberikan..
rata-rata wanita mengatakan mereka tidak suka lelaki keluar malam kan..kan..?..
tetapi lelaki juga ada sebab mereka mengapa mereka sering keluar malam..
aku juga seorang lelaki yang pernah ada pengalaman  keluar malam ini..hehe
bagi aku....

1) lelaki keluar lepak ngan member diorang minum2 coz ada hal yang nak diborakkan..aku pun selalu jugak menyelesaikan hal rumahtangga member-member aku..ehehe

2) lelaki lebih suka menceritakan masalah kepada rakan..daripada menceritakan kepada keluarga sendiri

3) kebanyakan lelaki diorang minat tengok bola kat kedai mamak..
kalau ada game best..sampai 4-5 pagi pun sanggup...kalau ditanya aku,,aku pun sanggup!!haha

4) lelaki inginkan kebebasan..keseronokan...

Pada pendapat aku,tak salah kalau keluar malam pun..selagi kita tahu batas-batas...ye lah..Kalau difikirkan betul-betul..mana ada kebaikan pun kuar malam-malam buta kan..h
tapi kalau dah anak anak bini,agak2 lah nak selalu kuar malam pun...apa pun,aku ok jep..aku memahami....~



by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, December 22, 2010

SAYA NAK CARI ORANG MACAM AWAK BOLEH..??

Saya nak orang macam awak boleh..?ayat macam dilanda angau je tiba-tiba aku jadi macamnie..plzz..saya tidak angau ok!
tetapi aku disini bukanlah mencari artis popular seperti Siti Nurhaliza..atau penulis blog terkenal seperti cik Hanis Zalikha kita..hehe
cuma sekadar mahu kenal-kenal dengan semua manusia..


Ayat yang selalu kita dengar "berkawan biar beribu,berkasih biar satu..".
Sudah jadi fitrah setiap manusia,suka mempunyai kawan yang ramai..tetapi kalau berkasih pun boleh beribu-ribu..mahu jadi perang yang ke 999xx jadinya kan..?hahahaa...
sebenarnya,jodoh kita ada ja kat mana-mana cuma belum sampai serunya lagi kan..(dalam hati berkata..adehh..lambat lagi lah..hehe)
seperti yang kita semua tahu..kita hanya merancang..hanya tuhan yang menentukannya.....:-)


 Actually,i am looking for someone who is honest, someone with a great sense of humor,an outgoing personality,and most of all,someone who is not superficial.let's face it,outer beauty can always be altered.For me, at least,physical appearance doesn't hold much importance,but,there
 definately has to be an initial attraction.I try to make each day count and believe that appearance will keep you interested for a second but its personality that will keep you for a lifetime....well,if any of this sound interesting you then,i look foward to hearing from you..i really don't have any one person that i would like to particularly meet.i just want ot see the world and meet as many people with like-minded goals as possible ..sEeKiNg tRuE FrIeNdS....sInCeRe PeRsOn.....
No Gay or Lesbian..
(aku geli dengan hubungan kaum sejenis ini..plzz lah)
          
For me, friendships are irreplaceable. I’ve been blessed with deep friendships that I know will last a lifetime and new friendship I may have just found…, occurred because of a connection that we both felt. I strongly believe chemistry connects people.






GAMBAR INI HANYA HIASAN SEMATA-MATA
TOLONG JANGAN TIRU GAYA DUDUK SAYA TAKUT ANDA KENA BUASIR NANTI..
HEHE


by HARI INI DAN SEMALAM

Tuesday, December 21, 2010

CERITA BERGAMBAR SI LELAKI BERKULIT HITAM MANIS

SALAM..
Hye semua..

Hari ini anda kembali bersama saya dalam rancangan 
MASAM-MASAM MANIS

(dah gedix sangat nih nak jadi mc..haha)

          Cerita disebalik gambar..seronok dapat bergambar kerana aku dapat melihat kembali kenangan yang ada apabila berada di sesuatu lokasi...suasana gambar yang tenang membuatkan fikiran aku kembali tenang daripada hal semasa yang semakin serabut dewasa ini...huhh
>>adehh( macam tulis karangan budak darjah 6 ja aku nih kan..hehe)


kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai



bila mata bertentang mata..buat kerja semua tak jadi..
adehh..keja nak ikut ja..macamna lah si abang nak kuar cari makan nihh..haha
jenuh memujuk plak daa..



Nak dating ngan gf x da..dating ngan maa adik sudah lah kan..
terpelihara ckit..hehek




     keadaan si suatu petang yang senja..
Matahari mula melabuh kan tirai di ufuk barat...(",)





by HARI INI DAN SEMALAM


Sunday, December 19, 2010

I LOVE TO BLOW THE "BALLOON"...HAHA





Ini kisah ku sewaktu kecil....


Aku pernah takut pada belon sejak  berusia 4 tahun..tetapi sekarang aku sudah pun berani sejak usia 2* tahun...ehemm.ehemm..masa kecil-kecil aku suka tiup belon besar-besar tapi tak pernah ikat, bukan sebab tak pandai...tapi takut belon pecah!!haha..lawak betul dulu taw..
kalo tengok belon ja..mesti rasa nak picit-picit..gigit-gigit.. lambung-lambung..main belon ini sudah lah en..hik3.....
Belon boleh disepak... ditangkap dengan jayanya sebab kadar kelajuan belon yang rendah...itulah yang membuatkan aku suka dengan belon ini..HAHA


Pada suatu petang..aku bawa adik aku jalan-jalan cari makan...
Time jalan-jalan...
adik aku nih nampak je belon..terus cakap "na..nakk belon...na..naa..."
dia nak suruh aku beli laa tuhh...haha
adehhh..ye lah..dia ikot perangai abang dia masa kecil dulu..hehe
kami juga sempat  berposing dengan belon-belon nih ..
haha

dapat jugak melepas rindu kt belon-belon nihh..hahaa


yeahh!!suka suki dapat tengok belon..haha

Belon oh belon..
Terima kasih yahh..u make me smile again when i'm thinking of you..
i'm lovin it...~
miss u damn!!
haha



by HARI INI DAN SEMALAM


CERITA SI LELAKI BERKULIT HITAM MANIS

Salam...
hye semua manusia...!!
sapo rindu gua cepattt angkat kedua-dua tangan Lu...!!haha
alah..dah tahu...korang mesti tak angkat pun kan..kan..ye lah..aku ini siapa..low profile punya orang..heee:p
Dah 2 hari aku tak update entry, maklumlah..aku nie kan penganggur berjaya..mestilah sibuk dengan urusan bisnes tanaman anggur belakang rumah yang masih reput hendak berbuah...

Ini cerita si lelaki berkulit hitam manis.....
namaku..Megat iskandar Zulkarnain..
kat kampung dulu ada orang panggil>> ..Nang..Putinang..kui..putikuii..Nine...
Time zaman sekarang plak..ramai yang panggil aku >>Megat..is..zul..dan nama panggilan yang aku rasa paling  muda ialah diorang panggil aku "Atok"..adehh..keja perasan muda jep aku nih kan..hehe

ada ramai orang suka...ada ramai  benci...
ada orang cakap aku nih jenis pendiam.....yurpp..memang..!!haha
ada orang cakap aku ni hitam merlix.....adoihhh..mata diorang rabun kot...!hehe
ada orang cakap aku ni romantaikk.....adehhh!!pelik-pelikk...
ada orang cakap aku ni sombong....minta maaflah anda..mungkin aku terlepas pandang..
ada orang cakap aku ni kuat makan.....dah ada makan free memang gua sapu licin!!hehe
ada orang cakap rambut aku stylo....stylo apo kebenda..!balik rumah jepp terus kena beleter ngan mak..kakak..adikk..haha
ada orang cakap aku ni tak reti duduk diam....ye lahh.!nanti punggung aku kebas siapa mau tanggung hahh...?

Manusia dilahirkan rambut sama hitam..tetapi hati lain-lain.....(",)
kalo semua nak memuji habis tu siapa yang nak mengutuk kan...mulut manusia ini ada macam-macam jenis..hehe
hakikatnya disini kita kena sedar....

" tak semua orang suka kita..dan tak semua orang benci kita..."




by HARI INI DAN SEMALAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...