Followers

Saturday, July 16, 2011

DARI KACA MATA:WANITA MEMANG CEPAT CEMBURU KAN...?

DEFINISI "CEMBURU" menurut kamus- adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri kekasih atau rakan..
(tetiba jadi rajin plak aku kan menyelidik menggunakan kamus..cewaahhhh)..haha

Sifat cemburu ini boleh juga boleh wujud dalam persahabatan ,adik beradik.
aku pernah juga terdengar "cemburu tandannya sayang"..
betul ke statement ini yah...?
HEHE

si penulis blog HARI INI DAN SEMALAM cuba merungkaikan dengan sifat cemburu ini..dan bagaimana pula dengan anda..?adakah anda juga mempunyai sifat cemburu...???
sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang sukar dibendung.
Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’.
Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif...

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya..tapi betul ke kaum hawa ini lebih tinggi tahap cemburunya..??
Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal...

sebaik-baikNya..terpulang kepada diri kita sendiri kan sejauh mana kita meletakkan tahap kecemburuan dalam diri kita..

anda pun dah besar panjang kan..seelok-elokNya perlu ada kesabaran dalam diri kita...yang penting adalah sifat "kesederhanaaN"..




by HARI INI DAN SEMALAM


Thursday, July 14, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #1

" When someone love you, you dont realise
it when you realised it,its too late...
because you always love the one who leave you
and leave the One who love you...."

by HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, July 7, 2011

WordlessWednesday #1

SEWAKTU ZAMAN KECIL DAHULU
IN MEMORIESS......~

BY HARI INI DAN SEMALAM

Tuesday, July 5, 2011

BERMINAT UNTUK WORKOUT DI GYM....??

Salam..hye semua... 
wah3...lama gila aku x update entry blog kan..maklumlah sekarang nie tengah sibuk bekerja...lagipun sekarang aku tengah cuti semester,memang aku ambil peluang untuk bekerja untuk cari sedikit "pocket money" dan pengalaman.
Kalau keje duduk rumah bina lemak setakat nak menghabiskan duit mak bapak je sampai bila kan..kan..?


okk..sekarang aku bekerja sebagai Personal Trainer di Xclusive Fitnesz Centre di seksen 13,Shah Alam..
bagi yang berminat untuk pergi workout kt gym ke korang boleh terus CONTACT aku ok..aku juz nak promote ckit laa kan...rasaNya x rugi kot kalau kita berkongsi maklumat...hehe

Ingin pergi ke gym tetapi bayaran terlalu mahal?atau tidak berkesempatan kerana tiada gym di tempat tinggal anda..?
berita baik untuk korang semua kerana Xclusive Fitness Centre kini berada di seksen 13,Shah alam berdekatan dengan stadium melawati..Gym ini berfungsi sebagai pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai jenis aktiviti seperti Aerobic dance, Yoga, bootcamp, weight training dan muay thai..

memang korang x kan rugi laa datang sini..sebab aku sendiri juga dah join aktiviti kat gym nie..memang tiap-tiap hari duk belajar fight boxing ja....serius x tipu laa..kalau yang datang nak lose weight pun boleh..x da hal lah..OR nak kasi badan tought ke kan..ok jep..saya ada..!haha
facilities kat sini memang lengkap..selesa..
kita juga mengunakan fresh air concept


promosi hebat bagi pengunjung yang berminat



untuk maklumat lebih lanjut..korang boleh terus contact aku sendiri kat
no-0124075742 atau datang terus ke alamat yang tertera
.jangan malu..jangan segan ok geng!!sedia membantu.....


by HARI INI DAN SEMALAM

Monday, June 27, 2011

KENAPA KEDAI MAMAK MENJADI PILIHAN BUDAK-BUDAK SEKARANG..?

Sekali pusing sekali mai...pi mai pi mai tang tuu jugak..
X habis dengan lepak kat kedai mamak...tambah kalau ada game bola EPL..MAHARAJA LAWAK..KOnsert......atau sekadar ingin melepak minum..isap okok tang luu..ditambah pula dengan bicara luahan hati kepada member2....hehe....memang taksub sungguh melepak kat kedai mamak nie kan...?full je table..haha 


Kalau bagi budak lelaki memang gemar lah lepak minum kat kedai mapley nie kan..kadang-kadang kalau ada game sampai 2-3 pagi...sampai dengar azan subuh baru nak pulang...haha..
berbeza pula dengan kaum wanita nie..sebut sahaja "kedai mamak"  ramai yang menunjukkan mimik muka yang mengelikan..maybe geli tengok "mapley" kot..entahlaa.....hehe


bagi pendapat aku sendiri...makanan yang disediakan terdiri daripada menu yang digemari ramai seperti roti canai..roti nan..nasi kandar ayam tandoori...dan maggie goreng mamak tetap menjadi favourite walaupun harganya sangat mahal...
kalau kita tengok..kebanyakan kedai mamak nie dibuka 24 jam setiap hari,jadi bagi mereka yang ada sindrom masalah lapar secara tiba-tiba akan menjadi destinasi pilihan mereka..kadang-kadang sampai boleh bau ketiak mapley tuu kan...kita bley tengok betapa tekunnya mereka bekerjaa..haha!!


tetapi kita perlu ingat jangan servis yang bagus kita support mereka kaw2 sampai jadi kaya raya kerana majoriti pekerja-pekerja bukannya 100% islam pun kan...
tahukah kita kedai mamak lah yang mahal dari serba serbi...kerana servis yang bagus, kita lupa dengan harganya yang buat kita miskin dalam sekelip mata..
Cuba bandingkan harga milo ais kedai mamak dan melayu... mamak 1.80... melayu 1.60... mamak plak bukan pakai milo original, tapi pakai serbuk koko yang tak sedap rasa dia...
sebenarnya entry aku diatas x bermaksud pun nak boikot atau sebagainya kerana aku juga melepak jugak kat kedai mamak nie..cuma nak pembaca memikirkan keadaan yang sebenarnya...jangan kita terlalu mengagungkan restoran mamak atau taksub sangat....
semuanya terpulang kepada kita sendiri kan.....hehe
tetapi ada satu fakta yang terbukti kebenarannya....

"kedai mamak x penah mbeli bekalan garamnya sendiri..
oleh kerana mereka membuat garam mereka sendiri...." 
 lu pikir2 lah..hehe
by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA!

SELAMAT HARI BAPA!
to my walid (AZMAN BIN HJ AHMAD)..I loved you so much!

terima kasih atas segala kasih sayang yang dilimpahkan kepada anak-anak mu selama ini..
Bapa mahupun ibu masing-masing memainkan peranan terpenting dalam hidup anak-anak. Mereka lah yang menjadi penentu dan pemangkin kepada pembesaran dan kedewasaan anak-anak. Manakala sang anak pula merupakan cermin kepada kejayaan dan kecemerlangan mak bapak dalam kemahiran mendidik dan melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Kadang-kadang tu bila anak dok buat silap atau salah, biasanya mak akan kata pada bapak, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam pak dia…. Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”.......HEHE
Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi aku percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi aku mak atau ayah, depa semua sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka, kerana suatu hari nanti kita juga bakal menjadi seorang ayah dan ibu.... Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.
anda yang masih mempunyai bapa hargailah keberadaan bersama anda.

Bagi yang telah tiada doakanlah semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Nya..

-Renungkan:

Ayah tak pernah kata, “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehlah kau kirim wang untuk ayah”
Tapi kita selalu minta pada ayah dan ibu.. itu dan ini…malah macam-macam kan..kan..?pernah kita memikirkan susah dan senang mereka..?

HAPPY FATHER'S DAY

BY HARI INI DAN SEMALAM




Monday, June 13, 2011

CINTA PANDANG PERTAMA SEBAGAI CINTA TERAKHIR....BOLEH KE..??

Jatuh cinta pandang pertama..?
pernah anda alaminya..?
dengan slumber dan penuh gentleman..aku menjawab "saya pernah alaminya..tetapi buntu di pertengahan jalan........hehe
sebenarnya..cinta pandang pertama, banyak memberi pengajaran pada kita tentang kejujuran, tentang persahabatan, tentang kasih sayang, tentang perngorbanan dan seribu satu macam rasa.

Cinta pandang pertama, selalunya banyak membicarakan soal rindu, soal kasih, soal sayang, soal perasaan. Itulah pengalaman yang indah yang akan menjadi landasan untuk cinta kedua. Ia juga akan menjadikan cinta kedua lebih bermakna jika iktibar di ambil dari cinta pertama.

Dimana silapnya dalam menjalin persahabatan? Kurangkah dalam memberi kepercayaan? Apakah tiada jujur dalam perhubungan? Atau mungkinkah kurang perhatian dalam soal kasih sayang? Atau kurang membicarakan soal rindu dan perasaan? Mungkin suatu hari nanti kita akan lebih mengerti, akan lebih berhati-hati dan akan lebih bersedia dalam menghadapi keperitan dan kehangatan cinta



Cinta pandang pertama..??

Bila hati terdetik....Bila mulut berbicara... Bila mata terpandang... Bila telinga terdengar... Kasih pun terungkai...

Lalu senyum pun tersipu malu
.....



OK2..cukup2 ayat bermadah jiwang untuk hari ini....haha






by HARI INI DAN SEMALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...