Followers

Tuesday, March 22, 2011

LANGIT TIDAK SEMESTINYA AKAN SENTIASA CERAH

SALAM..HYE SEMUA..
LAMA TAK DENGAR KHABAR KALIAN KAN..HAHA
As time goes by,day by day.. ramai yang tertanya-tanya ke mana encik penulis blog HARI INI DAN SEMALAM pergi kan..maklumlah dah lama ku biarkan blog ini kesunyian..sebenarnya aku sihat-sihat sahaja..dalam keadaan yang begitu sibuk( sibuk lah sangat kan)..haha..

"hidup ini umpama roda, kadang-kala kita diatas .kadang kala kita dibawah"

jadi kita perlu bijak menggunakan kelebihan bersabar dan bijak dengan kehidupan yang mendatang..tidak dinafikan kita sebagai makhluk diatas muka bumi ini sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk cabaran dan dugaan,ada kalanya kita bergembira..dan juga kita bersedih..terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana kita mengawalnya...
kita perlu ingat,sejauh mana kita cuba lari atau menyelesaikan sesuatu masalah itu, masalah tetap akan datang juga kan...kan...?Jadi bersedialah kita kan.....:-)

"Hidup ini ibarat laut...kadang-kala berombak..."

kadang-kala tenang....
dalam kita menempuh kehidupan hari-hari yang mendatang, kita tidak akan terlepas dari diuji..setiap orang..tidak akan terlepas dari onak duri yang akan kita tempuhi..


"hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya"...
sebab, mungkin ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada..tapi, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur....dan belajar erti menghargai....

hari ini kita berteman..hari esok kita keseorangan....
hari ini kita gembira..hari esok kita sedih...
hari ini kita bertemu..hari esok kita mungkin berpisah...

"kesepian dan kesunyian itu.....
kadangkala indah.....

kadangkala membosankan.....
tp kesepian mengajar kita.....
menghargai detik manis yang telah berlalu.....
dalam hidup kita".....
sharing is caring rite..?hehe
tidak salahkan kalo kita berkongsi pendapat dan maklumat
maklumlah dah lama tak tulis blog kan..tiba-tiba nak jadi macam doktor fadzilah kamsah plak...hehe
selamat beramal....~





by HARI INI DAN SEMALAM

Saturday, March 5, 2011

KALAU KITA SUKA KAT SESEORANG..PERLU KE KITA BERTERUS TERANG...??


Salam..hye semua..rasaNnya dah lama aku meninggalkan blog aku ini kesunyian kan.hehe..
anda semua apa khabar..?harap sihat walafiat..aku disini baik-baik ja..alhamdullilah segala yang dirancang berjalan dengan lancar...
jam tepat menunjukkan pukul 5.00 pagi (memang dah confirm esok aku tidur sampai malam kan..hehe..astagfirulllahazim)
aku ada menerima maklum balas daripada seorang yang sahabat yang aku sayang dalam diam-diam..hehe..(dia ja yang x tahu..hehe),.. yang bertanyakan 
"kalau kita dah mula kat seseorang..perlu ke kita berterus terang...?
kalau anda apa jawapan anda,..?nak berterus terang ke ke tidak..?
soalan cepumas nih...huhu

ada sesetengah orang berani untuk berterus terang...
"hey awak..saya suka awak"...
pastu nah amek ko kena tampar kat dahi setempek..!.."haha
x best langsung kan confess cara tuu..tak romantaik langsung..lagipun bila kita berterus terang macam tu..kita tidak tahu sama ada orang betol-betol suka kat kita atau tidak..x pasal2..jadi bertepuk sebelah tangan plak...huhu

tambah-tambah apabila jatuh hati kat kawan sendiri kan.padahal dulu tak bajet pun nak jatuh hati..tapi nak buat macam mana dah perasaan itu datang tanpa disedari..bagi aku normal lah perasaan cinta itu tetap akan ada pada seseorang..
bagi aku alasan untuk berterus terang dengan seseorang ni perlu ada kejujuran dan masa yang sesuai..bukannya dilakukan dalam keadaan yang tergopoh gapah..ini kerana apabila bercerita tentang perasaan, ini adalah sesuatu yang sensitif.. kalau silap bicara boleh teruss kena reject...haha
( eh..awak baca nih jangan serius sangat tau..tenang je laa..jangan fokus sangat..hehe)

bagi pendapat aku kalo kita memilih untuk tidak berterus terang.. kalau kita suka kat seseorang.. (bajet pemalu lah konon si penulis blog hari ini dan semalam..hehe
.cukuplah sekadar kita mengambil berat.. berbuat baik.. sentiasa memahami seseorang itu...
bagi aku apabila kita cuba belajar untuk memahami seseorang..cares..automatik "chemistry in relationship" .. jadi sebaiknya kita "rilex" je..konon lagak cool lah..menahan perasaan...:-)

soal melepas ke or lambat untuk bertindak berterus terang itu adalah yang terakhir... jangan terasa diri itu stress atau frust pulak...yang penting kita dah letakkan kepercayaan kat seseorang tu..yang selebihnya terpulangkan... soal jodoh dan pertemuan adalah ditangan tuhan,.. kita sebagai manusia hanya merancang..
"kena ingat bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor "..
ramai lagi yang lebih baik menanti anda dihadapan..d
ini adalah pesanan untuk anda dan untuk diri saya jugak k..

tiba-tiba aku terfikir juga..berterus terang ini sebenarnya adalah perlu..bila difikirkan balik sampai ke subuh ini berulang ulang kali...aku merasakan bila kita berterus terang.. kita jujur dengan diri kita sendiri.. kita tahu apa yang kita nak..dan tak semua apa yang kita nak, kita dapat kan..
Yang penting bersikap positif, bila kita fikir benda yang baik-baik, maka hasilnya akan baik. Tapi kalau hasilnya tidak seperti yang kita harapkan, itulah yang terbaik untuk kita ketika itu.

Yang penting, adalah niat kita. Kalau niat kita baik, maka akan jadi baik(:-






~anda pula bagaimana..?kalau awak suka kat seseorang..adakah anda juga akan melakukan perkara yang sama macam saya....berterus terang atau berdiam diri...????
 

by HARI INI DAN SEMALAM








Saturday, February 26, 2011

SOAL JODOH SIAPA YANG TAHU KAN..KAN...??

ASSALAM....HYE SEMUA..
WAH2..rasanya dah lama aku meninggalkan blog aku yang tidak seberapa ini..walaupun ada juga insan2 dikalangan reader yang sudi menjenguk blog aku ini..siap ada yang paksa suruh update tiap2 hari lagi..haha..
i appreaciate it k..thankx you so much..i love you...x tahu lah nak bagi hadiah apa kan,..haha

Duduk lepak sorang-sorang dalam bilik sambil tengok semut hitam balik joging..tiba-tiba teringat..bila jodoh aku nak datang yah..?haha
Berbalik kepada post aku yang terdahulu >>sila click
...tetiba ja aku tertarik nak mengupas  soal "jodoh" nih kan...maklumlah air dah naik kepala kan..dah gatal sangat lah hang nih kan..tolong bawa bersabar k..haha

adat lah masa kita remaja+dewasa ini..tergedik-gedik nak tahu jodoh kita siapa suatu hari nanti kan..dulu teringin jugak nak ada girlfriend macam megan fox kan..

wah!lawaNya..sampai ada minah yang rupa ala2 megan fox tuu..memang aku usha rapat2...tapi secara zahirnya aku ni seorang pemalu...hik3..memang melepas selalu..haha..tapi nie cerita zaman dulu lah kan..sekarang dah tak pandang kepada kecantikan semata-mata...kerana rupa paras selalunya menipu kan..kan...?
cukuplah dengan sekadar manis dipandang wajah dan senyumanNnya...dah yang penting sekali kan.."sifat kesederhanaan" kat seseorang tuu perlu ada....

eh..korang setuju tak dengan apa yang aku cakap tuu..?hehe..tapi yang tuu citarasa aku lah kan..kalo ditanya pendapat anda bagaimana pulak...?haha
kalo dibicarakan soal jodoh..semua orang nak seseorang yang baik-baik aja kan tetapi kita perlu cermin diri kita juga..kita ni baik sangat ke hahh..?
aku akui..aku bukanlah seorang yang perfect...bukan baik sangat pun..tetapi kita perlu sentiasa belajar dari kesilapan..masih banyak kekurangan dalam diri kita yang masih belum diperbetulkan...kan..kan...?
we need to learn from da mistake...
(nak jadi DR.Fazilah Kamsah jap boleh...?)...hehe

tetapi sedarkah kita..kedatangan jodoh itu datang dengan penuh misteri kan....namun kita kena letakkan ciri-ciri yang layak untuk diri kita kan..kan...?
walaupun kita rasa kita tidak lawa atau tidak menarik macam aku nie..tapi makesure " someone somewhere has made for you..."
so, buatlah pilihan yang betol-betol k..
insyallah..mudah-mudahan......~

"cinta x kan wujud kalau tiada yang meminta..dan juga tidak akan wujud jika tiada yang memberi.."

(jadi jiwang lagi aku kali nih..confirm kena bahan lagi esok..tapi aku bukan mat jiwang okk..hehe)
ak cool je taw..yang pasti rilex+TENANG jep..haha



remember dat..
"Times does not changing..but human change everything.."


by HARI INI DAN SEMALAM


Tuesday, February 22, 2011

LARI DARI TEKANAN MENGEJAR MASALAH~

HYE SEMUA...wah3..!!rasanya dah seminggu aku meninggal kan blog aku ini yang rasaNya sudah pasti banyak sarang labah-labah..hehe..
memandangkan keadaan aku yang semakin sibuk dengan hal-hal semasa yang tidak dapat dielakkan..i'm sorry 4 everything..byk komen2..or persoalan dari kalian yang aku tidak sempat untuk membalasnya bukan beerti aku sombong...hehe..i'm so sorry again...~



setiap orang pasti pernah mengalami stress..ada orang stress disebabkan hal yang remeh temeh..ada orang stress sebab banyak kerja..terasa beban ditangan..stress masalah rumahtangga...percintaan ditolak...pendek kata ada macam-macam jenis stress kan..but it depend on the person, how well she/he handle it...

sebenarnya aku juga merasakan diri aku terhimpit dengan stress ini..but i'm trying to be more relax..cool...like the other person..ku cuba jadi diri aku yang sebenar....




seperti biasa..aku menjalani kehidupan harian aku seperti sebelum ini..sejak minggu ni..aku mendapati diri aku tidak ..seperti biasa..tidak "happening" macam sebelum nih..seolah-olah ada benda yang menganggu aku....tidur tak lena...makan tak kenyang..time main bola kat padang pun, rasa lain je..nak senyum pun rasa macam berat sangat..
nak posing depan camera pun dah tade mood lah...dah malas...huhh
x seperti diri aku yang macam sebelum ini...dalam kelas pun slow je..sampai ada member2 tegur.."ada masalah ape nih..cucitee...cucitee.."..tapi aku diam je..
Mandi..nasib baik terasa basah...hehe (ishh..sempat lagi hang merapu kan..)
but i'm not get period pain macam kaum wanita ok..!haha

but..don't worry...aku ok je..kadang-kadang tu aku sedar..kita tak boleh nk terlalu mengikut perasaan sangat kan..kena chill je..
Thankx kepada kawan-kawan yang banyak memahami..dan support aku k..
i appreciate it~





aku sedar siapa diri aku...aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari kelemahan,..
i'cant be perfect..but i will be the best among the best afta this...
i know..i need to focus on my way...

insyallah...~

by HARI INI DAN SEMALAM







Tuesday, February 15, 2011

JAUH PERJALANAN..LUAS PERMANDANGAN..~

"Jauh perjalanan..luas permandangan"

benarkah ungkapan itu..?bagi aku ia membawa seribu satu makna..(gedikx ja hang kan..keja nak berjalan ja)haha
itulah satu ungkapan yang selalu kita dengar..bak kata orang dulu-dulu..semakin jauh kita berjalan, semakin luas permandangan yang kita dapat lihat..
(ini yang membuatkan semangat yang membuak-buak untuk terus berjalan nih..tapi maaf yer..bukan jalan kaki ok!haha..

Lalu membuatkan aku untuk terus semangat merantau di negeri orang nih..maklumlah aku memang jenis orang yang tidak reti duduk diam..kalo kat rumah pun,keja nak kuar jep..haha..
diharap bersabar lah ya..my future wife nanti...jangan risau lah saya tetap akan bawa anda berjalan bersama juga..hehe(tengok..dah melalut daa..haha)

dalam keadaan yang begitu sibuk dan serabut di kampus..aku sempat juga berjalan makan angin menenangkan fikiran..(bajet beriadah lah konon kan) nak tenangkan fikiran..boleh juga posing-posing take picture kan..rugi ouhh kalo tak bawa camera datang sini..haha
makan angin disini bukan bermaksud "honeymoon" ok..!
ini adalah perjalanan yang tidak dirancang..agak boring je..terus start enjin kereta..gerak terus...haha..
benda yang paling penting sekali adalah "take picture"..hehe..wajibb!!haha

in the morning..u can see the sunrise~    



 tengok..siap camping lagi..hehe
layan gila ouh..sejuk3!!haha
seriusly,memang cool gilaa


aku memang jenis orang yang x bley duduk diam ckit..ada je benda yang nak main..nyorok2 kat semak ni sambil ada photogrpher snap pic ok gak..
haha


perghh!!selepas penat mendaki bukit...orang lain punya lah pkai proper outdoor..tapi aku dengan member aku nih da dress macam nak g tengok wayang nih..siap jaket+sandle jep..haha
biasalah..perjalanan yang tak dirancang memang macam nih..hehe
ini adalah antara karenah budak-budak nakal..
"bila dah sampai atas baru teringat nak buang air kecil&besar..hahakk
nasib baek sempat bertahan...shhhhh..




benarlah apa yang aku perkatakan tadi...
"semakin jauh kita berjalan..semakin luas permandangan kita.."
kalau asyik duduk rumah jepp..bila lagi nak merasa berjalan kan..
sekurang-kurangnya stress anda akan hilang..dan mengurangkan tekanan di tempat kerja..
anda pula bagaimana..?bila nak kuar berjalan nih..sekali sekala jom lah....hehe
tapi
jangan lupa ajak aku sekali taw!!haha



by HARI INI DAN SEMALAM


 

Saturday, February 12, 2011

KALAU SAYA CAKAP SAYA SUKA KAT AWAK, AWAK SUKA SAYA TAK..?

Dalam diam-diam..aku datang lagi...haha..tiba lah masa untuk mengedik di dalam blog HARI INI DAN SEMALAM.
jadi pada masa ini mood aku ialah "jiwang" tp plzz lah..aku bukan mat jiwang ok..haha..tp kadang-kadang tuu maa "feeling" tuu terasa romantaik jugak..hehe
tapi apa boleh buat..aku chill je..ada aku kisah..?
haha

anda pernah terfikir tak..apa perasaan orang yang menyayangi anda..?maksud aku "menyayangi" disini...tidak semestinya hanya tertumpu kepada kekasih..boleh juga tertumpu kepada kawan atau sahabat anda...(secret admire) ke kan...
aku hanya nak berkongsi sedikit info lah tentang perasaan berkasih ini..ye lah..aku pun pernah bercinta jugak..juz nak berkonsi pengalaman je...tapi dulu lah kan...kalau sekarang belum ku ketemu lagi jodoh yang ingin dicari...hehe..shhhh.....(kerja melalut ja hang kan..)

berikut adalah tips macamna nak tengok seseorang tu ada hati kat anda atau tidak.dan "jangan kecewakan orang yang menyayangi kamu.."
.adalah sedikit sebanyak aku ceritakan pengalaman orang yang bercinta dan aku tolong tokok tambah ckit kan..hehe..
layan je k..jangan banyak bising.......~

1) suatu ketika dahulu.."Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan mata hanya pada kamu satu-satunya..."

2)Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3) Orang yang jatuh hati kepada kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu contohnya " tiap-tiap hari dia akan view profile fb or blog kamu"...>>
erm..harap2 ada lah orang yang macam tu selalu view wall aku kan...hehe..(erm..rasanya x de kot..)

4) Orang yang suka kamu akan mengirimkan SMS seperti "mornink", "good night n sweetdream" "take care" dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalasnya kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan sifat "suka"nya menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu..

5)Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin mencari lirik lagu kamu ,kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu..

6) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

7) Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


" setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta.
setiap orang pernah bercinta.Tapi tak semua mampu mengecapi kenikmatan kebahagian..."




P/S : Anda mungkin mempunyai wang yang besar dan ada semua kenikmatan diatas muka bumi ini,tetapi tanpa cinta anda sebenarnya tidak ada apa-apa..



by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, February 9, 2011

BILA BUAT KERJA LAST MINUTE..:-)

Salam..hye semua..
lama x dengar khabar anda kan..?
aku disini sihat-sihat sahaja..
rasaNnya dah 5 hari aku meninggalkan blog aku ini sendirian,dan menerima banyak maklum balas..'hye encik Hari ini dan semalam, bila mahu update blog..!hhehe
adehh!sudah berapa kali mau ulang...aku amat sibukk gilaa babi daa..
pinjam pun berukband orang je..jadi,masa nak guna internet tuu limited ckit lah kan..hehe
harap anda bersabar yah!..

Hidup sebagai seorang pelajar sememangnya banyak rintangan yang akan dihadapi..memang tidak dapat dinafikan memang banyak sangat kerja ..tapi boleh lagi lah setakat kuar lepak-lepak minum jap tengok bola kat kedai mamak kan.. kuar berjalan cuci mata kan..(gatal sungguh hang nowh)..haha..

Masih ada waktu untuk aku belajar..tetapi kan ada  benda yang patut dielakkan iaitu "buat kerja last minute"..
Memang kita sendiri pun dapat lihatkan semua budak skolah, budak universiti ke! itu sudah menjadi rutin Harian kan..betul x..?
aku juga seorang pelajar yang tidak terkecuali..selalu je buat..hehe...aku jenis yang tak reti nak buat kerja awal-awal..besok bila nak hantar,malam nih baru lah terhegeh-hegeh nak buat..tapi aku akan make sure semua bahan-bahan dah dapat lah..juz nak type and touch up ckit...

aku pun jenis perfectionist gak kalu bab2 teknikal pasal assingment.. even last minit punyer keja, aku akan pastikan keja tu teratur dan in line dengan aku punya idea..pantang aku, even header, tulisan x sama saiz or ejaan salah!! aku sanggup print semula dan x tdo malam dsebabkan benda nie.. coz bagi aku even idea x laa hebat sgt, tp biarlaa kemas dan teratur..
*yes* actually, nie laa keburukan last minute bg aku.. tapi aku tetap wat jugak..!!haha..masyallah..!!

otak aku seriusly memang jenis tak boleh nak wat awal2..mesti nak tunggu desakan masa,then baru bleh all out abis wat keje..
(teruk sungguh hang kan..dapat tau kat mak hang mampuss)..haha..

Pelik oh pelik..bila buat kerja last minute terasa degupan jantung yang semakin cemas dan laju..terasa Hormon Adrenalin meningkat tinggi..plzz lah tolong jangan jadi macam aku ok!!haha..
tapi kadang-kadang tuu..nak wat kerja last minute pun agak-agak lah kan..jangan sampai membebankan dan membawa lebih kepada keburukan..

(ayat nak nasihat teman-teman supaya jangan jadi macam aku...hehe..
tetapi semuaNnya terpulang kepada anda...


tapi aku tetap chill je..ada aku kisah..hehe..
plzz lah..jangan wat keja last minute lagi ok!



by HARI INI DAN SEMALAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...