Followers

Tuesday, March 22, 2011

LANGIT TIDAK SEMESTINYA AKAN SENTIASA CERAH

SALAM..HYE SEMUA..
LAMA TAK DENGAR KHABAR KALIAN KAN..HAHA
As time goes by,day by day.. ramai yang tertanya-tanya ke mana encik penulis blog HARI INI DAN SEMALAM pergi kan..maklumlah dah lama ku biarkan blog ini kesunyian..sebenarnya aku sihat-sihat sahaja..dalam keadaan yang begitu sibuk( sibuk lah sangat kan)..haha..

"hidup ini umpama roda, kadang-kala kita diatas .kadang kala kita dibawah"

jadi kita perlu bijak menggunakan kelebihan bersabar dan bijak dengan kehidupan yang mendatang..tidak dinafikan kita sebagai makhluk diatas muka bumi ini sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk cabaran dan dugaan,ada kalanya kita bergembira..dan juga kita bersedih..terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana kita mengawalnya...
kita perlu ingat,sejauh mana kita cuba lari atau menyelesaikan sesuatu masalah itu, masalah tetap akan datang juga kan...kan...?Jadi bersedialah kita kan.....:-)

"Hidup ini ibarat laut...kadang-kala berombak..."

kadang-kala tenang....
dalam kita menempuh kehidupan hari-hari yang mendatang, kita tidak akan terlepas dari diuji..setiap orang..tidak akan terlepas dari onak duri yang akan kita tempuhi..


"hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya"...
sebab, mungkin ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada..tapi, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur....dan belajar erti menghargai....

hari ini kita berteman..hari esok kita keseorangan....
hari ini kita gembira..hari esok kita sedih...
hari ini kita bertemu..hari esok kita mungkin berpisah...

"kesepian dan kesunyian itu.....
kadangkala indah.....

kadangkala membosankan.....
tp kesepian mengajar kita.....
menghargai detik manis yang telah berlalu.....
dalam hidup kita".....
sharing is caring rite..?hehe
tidak salahkan kalo kita berkongsi pendapat dan maklumat
maklumlah dah lama tak tulis blog kan..tiba-tiba nak jadi macam doktor fadzilah kamsah plak...hehe
selamat beramal....~





by HARI INI DAN SEMALAM

Saturday, March 5, 2011

KALAU KITA SUKA KAT SESEORANG..PERLU KE KITA BERTERUS TERANG...??


Salam..hye semua..rasaNnya dah lama aku meninggalkan blog aku ini kesunyian kan.hehe..
anda semua apa khabar..?harap sihat walafiat..aku disini baik-baik ja..alhamdullilah segala yang dirancang berjalan dengan lancar...
jam tepat menunjukkan pukul 5.00 pagi (memang dah confirm esok aku tidur sampai malam kan..hehe..astagfirulllahazim)
aku ada menerima maklum balas daripada seorang yang sahabat yang aku sayang dalam diam-diam..hehe..(dia ja yang x tahu..hehe),.. yang bertanyakan 
"kalau kita dah mula kat seseorang..perlu ke kita berterus terang...?
kalau anda apa jawapan anda,..?nak berterus terang ke ke tidak..?
soalan cepumas nih...huhu

ada sesetengah orang berani untuk berterus terang...
"hey awak..saya suka awak"...
pastu nah amek ko kena tampar kat dahi setempek..!.."haha
x best langsung kan confess cara tuu..tak romantaik langsung..lagipun bila kita berterus terang macam tu..kita tidak tahu sama ada orang betol-betol suka kat kita atau tidak..x pasal2..jadi bertepuk sebelah tangan plak...huhu

tambah-tambah apabila jatuh hati kat kawan sendiri kan.padahal dulu tak bajet pun nak jatuh hati..tapi nak buat macam mana dah perasaan itu datang tanpa disedari..bagi aku normal lah perasaan cinta itu tetap akan ada pada seseorang..
bagi aku alasan untuk berterus terang dengan seseorang ni perlu ada kejujuran dan masa yang sesuai..bukannya dilakukan dalam keadaan yang tergopoh gapah..ini kerana apabila bercerita tentang perasaan, ini adalah sesuatu yang sensitif.. kalau silap bicara boleh teruss kena reject...haha
( eh..awak baca nih jangan serius sangat tau..tenang je laa..jangan fokus sangat..hehe)

bagi pendapat aku kalo kita memilih untuk tidak berterus terang.. kalau kita suka kat seseorang.. (bajet pemalu lah konon si penulis blog hari ini dan semalam..hehe
.cukuplah sekadar kita mengambil berat.. berbuat baik.. sentiasa memahami seseorang itu...
bagi aku apabila kita cuba belajar untuk memahami seseorang..cares..automatik "chemistry in relationship" .. jadi sebaiknya kita "rilex" je..konon lagak cool lah..menahan perasaan...:-)

soal melepas ke or lambat untuk bertindak berterus terang itu adalah yang terakhir... jangan terasa diri itu stress atau frust pulak...yang penting kita dah letakkan kepercayaan kat seseorang tu..yang selebihnya terpulangkan... soal jodoh dan pertemuan adalah ditangan tuhan,.. kita sebagai manusia hanya merancang..
"kena ingat bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor "..
ramai lagi yang lebih baik menanti anda dihadapan..d
ini adalah pesanan untuk anda dan untuk diri saya jugak k..

tiba-tiba aku terfikir juga..berterus terang ini sebenarnya adalah perlu..bila difikirkan balik sampai ke subuh ini berulang ulang kali...aku merasakan bila kita berterus terang.. kita jujur dengan diri kita sendiri.. kita tahu apa yang kita nak..dan tak semua apa yang kita nak, kita dapat kan..
Yang penting bersikap positif, bila kita fikir benda yang baik-baik, maka hasilnya akan baik. Tapi kalau hasilnya tidak seperti yang kita harapkan, itulah yang terbaik untuk kita ketika itu.

Yang penting, adalah niat kita. Kalau niat kita baik, maka akan jadi baik(:-






~anda pula bagaimana..?kalau awak suka kat seseorang..adakah anda juga akan melakukan perkara yang sama macam saya....berterus terang atau berdiam diri...????
 

by HARI INI DAN SEMALAM








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...