Followers

Saturday, May 21, 2011

TERTARIK DENGAN KATA-KATA YANG DISAMPAIKAN DALAM SLOT AKASIA tv3 NORA ELENA

sekali tonton boleh tahan cite nihh..haha


RasaNnya pasti ramai yang lebih mengetahui drama bersiri tv3 setiap isnin pukul 7.00-8.00 malam sebuah cerita  yang diadaptasi dari sebuah novel "kasih yang suci"
sebenarnya aku jarang-jarang sekali dok melayan drama melayu nie, tapi disebabkan oleh satu scene dalam cita nie,aku tertarik sekali dengan kata-kata si ibu kepada anakNnya NORA ELENA...


" sebagai perempuan, kita perlu berkahwin dengan lelaki yang sayangkan kita dengan sepenuh hati dan bukan dengan lelaki yang tak sayangkan kita walaupun kita sayangkan lelaki itu dengan sepenuh hati...."


Bagi aku sendiri benarlah apa yang diperkatakan oleh si ibu itu kerana Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya..Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza..

Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna....~


okk..cukup-cukup ayat bermadah daripada aku ini..hehe
hanya sekadar berkongsi apa yang tersirat dalam kata-kata ibu tersebut,....~





by HARI INI DAN SEMALAM



Friday, May 20, 2011

HAPPY CONVOCATION DAY!



Tanggal 18 MEI 2011 merupakan hari paling bersejarah bagi aku dan rakan-rakan seangkatan untuk diraikan dalam Istiadat Konvokesyen UITM yang ke-74,Uitm arau Perlis. Alhamdullillah setelah 3 tahun aku menuntut ilmu dan menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan akhirnya ak berjaya menamatkan zaman pengajian Diploma Pengajian Sukan di UiTM Arau Perlis.


Life must go On,,even aku dah habis diploma sekali pun,aku mesti meneruskan pengajianku kerana aku tahu kedua ibu bapaku mengharapkan kejayaan daripada aku. Masa pun dah berlalu,masing-masing perlu memilih jalan sendiri mana yang hendak dituju berbekalkan kelayakan yang ada, semua perlu tahu apa yang ada dalam diri sendiri untuk terus maju ke hadapan...bagi aku sendiri aku memilih untuk menyambung pengajianku di bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Uitm Shah Alam sekarang....


ok berbalik kepada cerita konvokesyen kali ini..
alhamdullilah segalanNya berjalan dengan lancar..terima kasih kepada kedua ibu bapaku iaitu umi dan walid yang sudi datang memberi penghargaan..thanks so much!



terima kasih ayahanda& bonda


kalut ja nak suruh beli bunga puteri qistina nie..hehe
terima kasih lagi~


Istiadat konvokesyen uitm yang ke-74
awesome!


bersama-sama rakan seperjuangan~





Okk..tamat sudah cerita diploma,lets focus on degree plak yaa...aku kena
pulun..pulunn dan pulun lagi....
masih banyak yang perlu aku dipelajari dan HIDUP perlu diteruskan kerana masih ada perjuangan yang masih belum selesai.....~




by HARI INI DAN SEMALAM

Saturday, May 14, 2011

KEADAAN APABILA PASANGAN WANITA LEBIH TINGGI DARI SI LELAKI

kebiasaanNnya aku akan lepak minum di kedai bersama teman-teman,kami selalunya berborak tentang hal rumahtangga masing-masing,walaupun diri aku sendiri belum ada tapak atau tiang untuk dibina..hehe ye lah, lelaki selaluNnya lebih suka menceritakan masalah kepada rakan-rakan daripada menceritakan kepada keluarga sendiri atau girlfriend diorang...

aku memahamiNnya kerana diri aku sendiri melalui situasi tersebut.....
bagi aku normal laa tuu kalau si anak lelaki..adik lelaki...abang..atau bapa itu sendiri selalu lepak minum kedai kopi kan....kadang-kadang asyik keluar ja sampai tak nak bagitahu pergi mana...haha..:D  (i'm sorry makkk..!hehe)








tetapi keadaan menjadi tak normal apabila sedang aku lepak minum bersama member-member aku nie...ada satu couple nie......
" teman wanita dia lebih tinggi daripada si lelaki "
bagi aku normal la tu wanita dan lelaki berpasangan, nasib baik bukan pasangan homoseksual kan... ermm..maybe agak unik la pasangan nie..

aku tertarik dengan kata-kata orang tua...~
"kalau mempunyai pasangan wanita yang lebih tinggi dikatakan murah rezeki..."

sebabNnya si wanita itu sanggup menerima lelaki itu seadanya. Sebenarnya bukan soal fizikal yang kita patut dilihat  tetapi tinggi atau rendah semuanya terpulang kepada jodoh..kalau dah ditentukan si dia jodoh kita maka dia lah jodoh kita....kita selalu nampak pasangan-pasangan yang mana si wanita lebih tinggi daripada lelaki nampak kelihatan mesra dan riang....itu yang membuatkan mereka unik dan kelihatan tenang sahaja..........

seperti kebanyakan wanita sekarang, mereka ada citarasa mereka sendiri iaitu mempunyai teman lelaki yang lebih tinggi daripada mereka..kerana merasakan lebih yakin terhadap pasangan mereka....
Ini wajib..betol kan..kan....??? (tolonggg jawabbb......!!!!)hehe

"kita sebagai manusia hanya merancang, tuhan yang menentukanNya.."

bagi aku sendiri...atcely, tak kisahpun..apa2 aje laa....yang penting adalah chemistry in relationship itu penting...keserasian dan dari segi dalaman..=)
takdir yang akan menentukan segalaNnya....:-)

sekadar gambar hiasan (gedik nak wt iklan jap)-
tersedak-sedak sampai gatal hidung...haha

by HARI INI DAN SEMALAM


Thursday, May 12, 2011

PERLU KE KITA MELUPAKAN SESEORANG DARIPADA TERUS MENGINGATINYA..?

PERCINTAAN pada mulaNnya tidak diduga
pada hakikatNnya melahirkan perasaan kasih dan sayang
namun kita merancang tuhan yang menentukannya
lalu terciptaNnya PERPISAHAN

Setiap pertemuan ada perpisahanNnya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahNnya..bagi pandangan aku sendiri, memang kita tidak meminta untuk mengakhiri perhubungan dengan perpisahan tetapi sebaliknya berlaku kerana kita sebagai manusia lemah. Begitulah hakikat hidup, berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan lebih daripada itu......


eh..eh..kejap..kejapp...ceq nak wat iklan sat..hehe>>
jika dilihat daripada tajuk entry diatas,mungkin orang  menganggap aku ini baru lepas putus cinta..atau tengah angau untuk melupakan seseorang..itu tidak benar sama sekali kerana aku tidak pernah sesekali cuba untuk melupakan seseorang.Terdetik untuk menaip dalam entry ini kerana ada seorang kawan yang meminta untuk diberikan pendapat bagaimana untuk melupakan seseorang....

setiap orang ada pengalaman masing-masing..
Aku akui bukan mudah untuk kita melupakan seseorang yang kita sayangkan..?orang yang teman kita setiap masa..orang yang mengejutkan kita dari tidur..orang yang buat kita ketawa..sedih..geram..marah.....
Namun, memang sukar untuk kita melupakan seseorang dalam masa yang singkat..
aku akui bukan mudah untuk kita cepat melupakan seseorang

sememangNnya untuk melupakan seseorang merupakan satu konflik yang berlaku dalam diri kita sendiri..ia mengambil masa yang lama untuk melupakan seseorang..ada sesetengah orang cuba untuk melupakan seseorang itu dengan memadamkan kenangan yang berlaku dahulu...tetapi sedarkah kita adakah dengan cara itu anda semakin dapat melupakanNya atau terus mengingatiNnya....?tutt.....tutttttttt.....(jawapan..lu fikirlah..hehe)

bagi pendapat aku sendiri,untuk melupakan seseorang ialah "jangan cuba untuk melupakanNya.." selagi masih cuba menghilangkan ingatan terhadap seseorang itu sebenarnya semakin anda memikirkanNya tentang dirinya...semuaNnya terpulang kepada individu itu sendiri..pada aku,biarlah masa sendiri yang merawat segalaNnya...
"usah dikenang dengan barang yang dah lepas...percayalah dengan adaNnya sokongan daripada rakan-rakan anda mampu untuk menanganiNnya...
buat penyelesaian yang terbaik untuk masa panjang..

life is like a book..every day will start with a new pages...~

kadang-kadang kita perlu menerima realiti dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala mimpi..berharap...sebaliknya menerima dengan tenang dan ikhlas..pesanan dari penulis HARI INI DAN SEMALAM...
setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..."
" ingatlah hidup mesti diteruskan,bukan untuk diratapi atau merinduinya lagi..."

someone somewhere has made for you...


"
by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, May 8, 2011

KASIH IBU TIADA TOLOK BANDINGNYA....:-) SELAMAT HARI IBU






Kedengaran tangisan seorang bayi..disaat si ibu melahirkan anakNya dengan penuh kesabaran dan kesakitan yang dihadapinya tanpa pernah meNgenal erti kesakitan sekalipun. Bahu kecil ibu dicipta agar dapat menahan seluruh beban dunia,sewaktu kita masih bayi bahu itulah yang dicipta untuk menenangkan kita...begitu beruntungnya kita mempunyai seorang ibu yang memahami..tapi kadang-kadang kita sebagai anak yang selalu merungut.......

Banyak hal yang tanpa disedari ternyata ibu lebih mendahulukan suami dan anak-anak daripada diri sendiri..seperti kebiasaan kesibukan seorang ibu di dapur untuk menyediakan makanan kepada anak-anak..tidak sedikit pun dia merasa jemu melayan karenah anak-anak..apabila diimbau kembali zaman kecilku, sememangNya aku dan adik beradikku kami memang kuat bergaduh..kadang-kadang sebab hal kecil pun boleh berkelahi...Kepada ibu lah tempat kami mengadu...banyak hal-hal yang tanpa kita sedari pengorbanan kasih sayang dan perhatian ibu sepanjang masa..

selama aku hidup dari kecil sampai dan besar gajah nie, tidak pernah pun sesekali aku melihat ibuku menangis di depanku..Bila ibu bersedih pun kita tak tahu..pernah kah kita sebagai anak nie cuba menyelami hati dan perasaan seorang ibu...??

Tidak pernah sesekali ibu merungut  atau berkira sedikit pun tentang pengorbananNnya selama ini..sedangkan kita sebagai anak yang selalu merungut..."nak makan apa malam nie..ceq lapaq nie..ini tak sedap...ini tak cukup..kuah gulai cair sebab santan tak cukup pekatlah...dan macam-macam lagi...kadang-kadang pemberian tudung atau baju yang tidak menepati cita rasa kita sendiri pun kita merungut..sedangkan pemberian ibu itu ikhlas.....



Aku ingat lagi kata-kata DR.Fadzilah kamsah" ketika seorang ibu melahirkan anaknya, lebih 6000 urat kecil terputus..sebab itulah jika ibu meninggal dunia ketika melahirkan anaknya, dikira mati syahid... " 

daripada kata-kata tersebut kita dapat melihat betapa besarNya pengorbanan kasih seorang ibu terhadap anak-anak..sebenarnya nilai kasih sayang seseorang ibu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit
kasih sayang seorang ibu akan sentiasa kekal dan berada di sisi anak-anak selagi hayat dikandung badan..


"ketika lahir, anda menangis dan semua orang diseliling anda tersenyum, hiduplah dengan hidupmu,justera ketika anda meninggal dunia,anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang menangis....
hargailah orang yang tersayang.....

"sesungguhnya syurga anak dibawah tapak kaki ibu....." 

\
 "SELAMAT HARI IBU" buat umi..
segala salah dan silap harap dimaafi.....


by HARI INI DAN SEMALAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...