Followers

Tuesday, December 27, 2011

SAYA RINDU ADIK SAYA....!!


Hye hyee...
saya rindu adik saya Puteri Qistina Syakira..
okk dulu adik kecil lagi kan.....
tapi sekarang abang tengok..adik sudah besar..walaupun umur adik da masuk 4 tahun..adikk sudah pandai membaca..mengira..kuat berleter,terlebih rajin... sudah pandai nakk ini.. itu yang nuhh laaa...macam2.... penat taw takk..!!!haha
ye laa.. ada adik yang kecil sorang nie je..sudah semestinya yang sorang nie lah aku paling sayang . . adik2 yang lain sudah besar gajah daa....haha!!

semasa umur adik 3 tahun lebih (sudah pandai main make up ..ikat2 rambut..pose depan cermin . .
kira normal laa tu kan sebab dia perempuan..hehe

^
^
^
okk sekarang adik sudah besar msuk umur 4 tahun ..kena rajin membaca lagi taw..suruh alid ngan umi ajar adik
okk sayang..jangan nakal-nakal ..jangan suka wat perangai lagi...orang nak wat keja pun dia pun sibuk lah kan...cakap x berhenti..Pot pet pot pet..
rajin-rajin kemas rumah laa naa..naaa

okk..dah lama sangat aku x balik rumah..begini lah jadinya..
okk cukupp ..!
daa sampai ke laut nie ak mengarut sorang-sorang... macam lah adik aku dengar apa yang aku cakap nie..hehe
okk lagi seminggu ak nak menghadapi final exam
wish me luck yaa..!
okk masa untuk menyibuk kan diri..bajet tengah belajar rajin-rajin nihhh
ok bye!!
BY
HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, November 3, 2011

Sometimes when people are sad :-(

Sometimes when people are sad, nothing can really bring them back up right away.Not word,not good advise or even the people around them trying to make them happy  can't make them happy just like that. We should never tell someone to just be happy and forget about what's holding them down because we 're not dealing with the pain in their heart. it take time and patience for someone to get back up. it's not that easy...
Have you ever felt so alone and nothing makes sense?
Well that's how I feel right now...
I feel like I'm facing everything myself, with nothing but tears and a fake smile...

by HARI INI DAN SEMALAM

Tuesday, October 18, 2011

TALKING TO THE MOON ~



 They say true love only comes around once and you have to hold out and be strong until then. I have been waiting. I have been searching. I am a man under the moon, walking the streets of earth until dawn. There's got to be someone for me. It's not too much to ask. Just someone to be with. Someone to love. Someone to give everything to. Someone...



BY HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, September 29, 2011

YOU CAN COUNT ON ME LIKE ONE,TWO,THREE ;-)



To love is nothing. To be loved is something. To love and be loved is everything. I am nothing, you're something so let me be your everything
If you need me, I'm just around. I'll be there to listen and I won't demand. Just tell me when and where. As long as you need me, as long as I care, as long as I exist, I'll be there.
You can count on me like one, two, three
I'll be there.....;-)


HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, September 8, 2011

Thursday, August 25, 2011

NAK HIDUP PUN SUSAH, NAK MATI LAGI SUSAH~


NAK HIDUP pun susah..apatah lagi untuk mati...Dalam kehidupan kita ada beberapa perkara yang tidak boleh kita atur mahupun rancang dengan sebaiknya
Di mana dan bila kita akan dilahirkan, dalam keluarga mana kita akan dibesarkan, bila akan kita meninggal dan di mana kita akan dikebumikan...

by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, August 14, 2011

KALAULAH HATI ITU GELAP GELITA~


Dulu ingat lagi..setiap kali aku menonton tv3,iklan ini akan terus menemuiku...
aku tertarik dengan iklan ini..alaaa..iklan sabun yang basuh baju tuu...hehe..
yang 1st jumpa anak kucing tepi jalan,yang comot-comot tu...
ingat x iklan sabun breeze tu...??haha
aku tertarik dengan pesanan  seorang ibu ...

"si putih boleh dicuci..tapi hati yg suci sukar untuk dicari"


kekadang kita cuma tengok kata-kata iklan hanya sebagai untuk mempromosikan barangan,tetapi pernahkah kita melihatnya dari konteks untuk memajukan diri kita sebagai insan yang lemah ini...??
benarlah apa yang disampaikan oleh pesanan ibu itu kerana hati yang bersih melambangkan peribadi seseorang baik atau buruk..

Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik. Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya, kenapa kamu lakukan itu dan ini? Untuk siapa dan apa faedahnya? Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada.


Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru?

by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #5

"Sebutir beras itu ibarat setitik peluh petani...."

ingat ye adikku Puteri Qistina Syakira....hehe;-)

BY HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, August 4, 2011

CABARAN BANGUN SAHUR SEWAKTU ZAMAN KANAK-KANAK..~

Sambil tunggu nak bangun untuk sahur, tetiba aku teringat kembali zaman sewaktu kanak-kanak dulu..memang tak pikir apa da..yang pasti dulu kan "aku berpuasa hanya pikir nak dapat duit raya banyak dari umi dan walid"...hehe
jika tidak puasa duit raya akan dipotong,sehari puasa akan dapat RM1.00 , kalau setengah hari pun dapat upah RM0.50....pun jadi hehe
memang aku akan lumba ngan adik dan kakakku siapa dapat duit raya lebih nanti,konon bajet bleh kaya lah time besar nanti masuk duit dalam akaun bank kan...haha bestt sangat kot bila terkenang zaman kecil-kecil dulu,maklumlah baru nak belajar berpuasa kan...
RasaNnya ampa pun begitu jugak kan macamna mak bapak kita melatih kita untuk berpuasa.Sememangnya waktu kanak-kanak lah yang paling meriah sekali.Lebih meriah apabila tiba waktu untuk berbuka,kita yang kecil nie lah yang paling banyak kerenah di meja makan dan diberi keutamaan lebih. Segala yang kita nak semuanya dituruti oleh mak bapak kita kan..kan..?
kadang-kadang semua makanan kat atas meja semua kita nak telan sekaligus,padahal perut kecik ja dulu..makan x penah nak habis...haha!!
Namun melayan kerenah si kecil yang berlapar dan nafsu mahu pelbagai juadah ketika berbuka tidak sehebat cabaran mengejutkan untuk bangun sahur. Sedar atau tidak, orang dewasa pun liat nak bangun sahur,inikan pula kita yang kecil nie terutama yang baru belajar berpuasa.....Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak berpuasa kan..


sekian sahaja coretan ku untuk kali ini k..okk time's uppp..
masa untuk bangun sahurrr!!!!!
yang penting ingat kalau puasa x penuh,x boleh dapat duit raya banyakkkk!!!hehe
Aku sedar cabaran yang dialami oleh ibu bapaku semasa dahulu,,,,

terima kasih umi&walid....~

by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, August 3, 2011

WordlessWednesday #4

ADUHAII,,MERAJUK LAGI..KEJE NAK IKUT PLAKK
PADAHAL SI ABG ADA DATE LAIN LAGI NIE...HEHE

BY HARI INI DAN SEMALAM

Tuesday, August 2, 2011

KENTUT YANG WANGI BOLEH MENJADI BUSUK PART2




sambungan ENTRY daripada post sebelum nie...saja2 je laa...hehe
aduyaii..dah buang tabiat ke aku nie........


Berikut merupakan Nama Isteri di Handphone Suami (hasil survey majalah)

1 - Baru menikah : MY LOVELY WIFE ♥ ♥

2 - 1 thn menikah : MY WIFE/MUMMY
3 - 5 thn menikah : HOME
4 - 10 thn menikah : IBU PEJABAT
5 - 15 thn menikah : BILIK GERAKAN
6 - 20 thn menikah : BUKIT AMAN
7 - 25 thn menikah : WRONG NUMBER!!


macam-macam Lah kalau dh dapat lelaki plastik....haha!!


by HARI INI DAN SEMALAM

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2011 1432H

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

sekadar berkongsi sedikit mukadimah ramadhan.....~
mari kita sama-sama "buang yang keruh,ambil yang jernih....;-)

BY HARI INI DAN SEMALAM

Saturday, July 30, 2011

DIAM-DIAM DAPAT SURAT CINTA DARI GAY...~

ADUYAII..macam2 lahh karenah budak-budak zaman sekarang nie..kalau dapat surat cinta dari si bunga boleh tahan lagi..tapi sekali dapat perrghhh dari kumbang..kaum sejenis plak tuu..
memang euwww teruss...terus geli..gatal2 badan..haha
siap letak atas cermin keta lagi..aku ingatkan flyer,surat saman ape bagai lagi TAHH....
okk pembaca blog HARI INI DAN SEMALAM..
Tolong jangan ketawa okk kali nie..dushh..dushhhhhhh...

wahai si manusia di akhir zaman.........
"Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab kau tidak minta untuk dilahirkan begitu. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab bukan kau yang minta mempunyai perasasaan sukakan kaum sejenis. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu hak kebebasan manusia. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu aku punya pasal...."

Cuma, tolong jangan katakan, yang kau telah dilahirkan untuk menjadi seorang gay walhal itu semua datang dari diri kau sendiri. Pernah dengar yang bayi yang baru lahir tu ibarat kain putih. Terpulang pada kita untuk mencorakkanNya...~

~bawa-bawalah beringat wahai manusia yang bernama "gay",aku tidak menyalahkan kau kerana naluri kau dah semulajadi begitu, tetapi masih ada ruang dan masa untuk memperbaiki diri kau untuk kembali menjadi normal.

tetapi kita perlu ingat bahawa tuhan menciptakan sesuatu itu ada hikmah disebaliknya ciptaaNnya.~

by HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, July 28, 2011

KENTUT YANG WANGI BOLEH MENJADI BUSUK..?

Jalan-jalan sambil search kat google cerita-cerita lawak,then aku tertarik dengan suatu kisah pasangan nie..boleh tahan cerita dia..gelak jugak aku..hehe..tapi sorry laa yaa,,aku x ingatlaa dari sumber mana aku cedok nie..tapi kat sini kita juz berkongsi maklumat je k..hehe


SEMASA BERCINTA

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...


Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .**** ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan

selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun

kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak

mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,


SELEPAS BERCINTA

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman....

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...


Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .**** ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Sekian sahaja lawak jenaka...tapi orang sekarang memang macamnie ke kalau selepas berkahwin nanti.....?huhu KENTUT yang wangi pada awalnya akan menjadi sebaliknya........;-)



KENTUT YANG WANGI BOLEH MENJADI BUSUK?


by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, July 27, 2011

WordlessWednesday #3

mampukah si merajuk dipujuk...?

by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, July 24, 2011

KESUNYIAN MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

Keseorangan..kesepian..semuanya membawa maksud yang lebih kurang sama. Ia merupakan satu adunan perasaan yang membuatkan seseorang itu lemah. Bila terasa sepi, mulalah satu persatu kenangan menjengah ke minda. Bila kesunyian, rasa terpinggir dan tersisih...

Kita tidak boleh lari dari rasa sepi dan sunyi. Manusia tidak lengkap tanpa kedua-kedua perasaan itu. Kadangkala kesunyian dan kesepian mengajar kita menjadi lebih tabah. Tidak kurang juga membuatkan jiwa kita parah. Bergantung pada sejauh mana kita mampu mengawalnya.

"Bila diterpa sunyi, ada rindu yang berputik. Bila dicengkam sepi, ada resah yang terbit...."
Bergelumang dengan perasaan sunyi dan sepi benar-benar membuatkan hati gundah. Entahlah, sukar untuk dimengerti mengapa kita berasa sepi dan sunyi walau ada kawan atau teman di sekeliling.
Mungkin, semuanya harus kembali semula ke titik permulaan, iaitu iman dan taqwa. Hati ini sepi, mungkin kerana kurangnya amal. Jiwa ini sunyi, mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa.....~

by HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, July 21, 2011

SpontaneousThursday #2

Baru tolong mak basuh pinggan, sidai pkaian dan bersihkan najis budak (yg mak ak jaga) pagi tadi dah mengeluh. Mak aku dh lebih 20 tahun wat mnde 2 semua, x pernah p0n mengeluh. Cmne la nk jd anak soleh ni..='(. 
p/s: gembirakan hati ibu bapamu ktika mreka masih ada.. jika mereka redha, ALLAH p0on redha.. Insyallah...=')


by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, July 20, 2011

WordlessWednesday #2

“I take photographs with love, so I try to make them art objects. But I make them for myself first and foremost - that is important.”

Tuesday, July 19, 2011

MENGHARGAI SETIAP DETIK KEHIDUPAN MANUSIA..~


Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Begitu juga dengan diri kita sendiri sesama kawan-kawan...pak cikk..tokwan atau orang tersayang sekalipun perlu menjaga hubungan silaturrahim sesama kita...

"hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya"...
sebab, mungkin ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada..tapi, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur....dan belajar erti menghargai....

hari ini kita berteman..hari esok kita keseorangan....
hari ini kita gembira..hari esok kita sedih...
hari ini kita bertemu..dan hari esok kita mungkin berpisah.......~

sekadar gambar hiasan-my mom and my sister~

by HARI INI DAN SEMALAM

Saturday, July 16, 2011

DARI KACA MATA:WANITA MEMANG CEPAT CEMBURU KAN...?

DEFINISI "CEMBURU" menurut kamus- adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri kekasih atau rakan..
(tetiba jadi rajin plak aku kan menyelidik menggunakan kamus..cewaahhhh)..haha

Sifat cemburu ini boleh juga boleh wujud dalam persahabatan ,adik beradik.
aku pernah juga terdengar "cemburu tandannya sayang"..
betul ke statement ini yah...?
HEHE

si penulis blog HARI INI DAN SEMALAM cuba merungkaikan dengan sifat cemburu ini..dan bagaimana pula dengan anda..?adakah anda juga mempunyai sifat cemburu...???
sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang sukar dibendung.
Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’.
Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif...

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya..tapi betul ke kaum hawa ini lebih tinggi tahap cemburunya..??
Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal...

sebaik-baikNya..terpulang kepada diri kita sendiri kan sejauh mana kita meletakkan tahap kecemburuan dalam diri kita..

anda pun dah besar panjang kan..seelok-elokNya perlu ada kesabaran dalam diri kita...yang penting adalah sifat "kesederhanaaN"..




by HARI INI DAN SEMALAM


Thursday, July 14, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #1

" When someone love you, you dont realise
it when you realised it,its too late...
because you always love the one who leave you
and leave the One who love you...."

by HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, July 7, 2011

WordlessWednesday #1

SEWAKTU ZAMAN KECIL DAHULU
IN MEMORIESS......~

BY HARI INI DAN SEMALAM

Tuesday, July 5, 2011

BERMINAT UNTUK WORKOUT DI GYM....??

Salam..hye semua... 
wah3...lama gila aku x update entry blog kan..maklumlah sekarang nie tengah sibuk bekerja...lagipun sekarang aku tengah cuti semester,memang aku ambil peluang untuk bekerja untuk cari sedikit "pocket money" dan pengalaman.
Kalau keje duduk rumah bina lemak setakat nak menghabiskan duit mak bapak je sampai bila kan..kan..?


okk..sekarang aku bekerja sebagai Personal Trainer di Xclusive Fitnesz Centre di seksen 13,Shah Alam..
bagi yang berminat untuk pergi workout kt gym ke korang boleh terus CONTACT aku ok..aku juz nak promote ckit laa kan...rasaNya x rugi kot kalau kita berkongsi maklumat...hehe

Ingin pergi ke gym tetapi bayaran terlalu mahal?atau tidak berkesempatan kerana tiada gym di tempat tinggal anda..?
berita baik untuk korang semua kerana Xclusive Fitness Centre kini berada di seksen 13,Shah alam berdekatan dengan stadium melawati..Gym ini berfungsi sebagai pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai jenis aktiviti seperti Aerobic dance, Yoga, bootcamp, weight training dan muay thai..

memang korang x kan rugi laa datang sini..sebab aku sendiri juga dah join aktiviti kat gym nie..memang tiap-tiap hari duk belajar fight boxing ja....serius x tipu laa..kalau yang datang nak lose weight pun boleh..x da hal lah..OR nak kasi badan tought ke kan..ok jep..saya ada..!haha
facilities kat sini memang lengkap..selesa..
kita juga mengunakan fresh air concept


promosi hebat bagi pengunjung yang berminat



untuk maklumat lebih lanjut..korang boleh terus contact aku sendiri kat
no-0124075742 atau datang terus ke alamat yang tertera
.jangan malu..jangan segan ok geng!!sedia membantu.....


by HARI INI DAN SEMALAM

Monday, June 27, 2011

KENAPA KEDAI MAMAK MENJADI PILIHAN BUDAK-BUDAK SEKARANG..?

Sekali pusing sekali mai...pi mai pi mai tang tuu jugak..
X habis dengan lepak kat kedai mamak...tambah kalau ada game bola EPL..MAHARAJA LAWAK..KOnsert......atau sekadar ingin melepak minum..isap okok tang luu..ditambah pula dengan bicara luahan hati kepada member2....hehe....memang taksub sungguh melepak kat kedai mamak nie kan...?full je table..haha 


Kalau bagi budak lelaki memang gemar lah lepak minum kat kedai mapley nie kan..kadang-kadang kalau ada game sampai 2-3 pagi...sampai dengar azan subuh baru nak pulang...haha..
berbeza pula dengan kaum wanita nie..sebut sahaja "kedai mamak"  ramai yang menunjukkan mimik muka yang mengelikan..maybe geli tengok "mapley" kot..entahlaa.....hehe


bagi pendapat aku sendiri...makanan yang disediakan terdiri daripada menu yang digemari ramai seperti roti canai..roti nan..nasi kandar ayam tandoori...dan maggie goreng mamak tetap menjadi favourite walaupun harganya sangat mahal...
kalau kita tengok..kebanyakan kedai mamak nie dibuka 24 jam setiap hari,jadi bagi mereka yang ada sindrom masalah lapar secara tiba-tiba akan menjadi destinasi pilihan mereka..kadang-kadang sampai boleh bau ketiak mapley tuu kan...kita bley tengok betapa tekunnya mereka bekerjaa..haha!!


tetapi kita perlu ingat jangan servis yang bagus kita support mereka kaw2 sampai jadi kaya raya kerana majoriti pekerja-pekerja bukannya 100% islam pun kan...
tahukah kita kedai mamak lah yang mahal dari serba serbi...kerana servis yang bagus, kita lupa dengan harganya yang buat kita miskin dalam sekelip mata..
Cuba bandingkan harga milo ais kedai mamak dan melayu... mamak 1.80... melayu 1.60... mamak plak bukan pakai milo original, tapi pakai serbuk koko yang tak sedap rasa dia...
sebenarnya entry aku diatas x bermaksud pun nak boikot atau sebagainya kerana aku juga melepak jugak kat kedai mamak nie..cuma nak pembaca memikirkan keadaan yang sebenarnya...jangan kita terlalu mengagungkan restoran mamak atau taksub sangat....
semuanya terpulang kepada kita sendiri kan.....hehe
tetapi ada satu fakta yang terbukti kebenarannya....

"kedai mamak x penah mbeli bekalan garamnya sendiri..
oleh kerana mereka membuat garam mereka sendiri...." 
 lu pikir2 lah..hehe
by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA!

SELAMAT HARI BAPA!
to my walid (AZMAN BIN HJ AHMAD)..I loved you so much!

terima kasih atas segala kasih sayang yang dilimpahkan kepada anak-anak mu selama ini..
Bapa mahupun ibu masing-masing memainkan peranan terpenting dalam hidup anak-anak. Mereka lah yang menjadi penentu dan pemangkin kepada pembesaran dan kedewasaan anak-anak. Manakala sang anak pula merupakan cermin kepada kejayaan dan kecemerlangan mak bapak dalam kemahiran mendidik dan melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Kadang-kadang tu bila anak dok buat silap atau salah, biasanya mak akan kata pada bapak, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam pak dia…. Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”.......HEHE
Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi aku percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi aku mak atau ayah, depa semua sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka, kerana suatu hari nanti kita juga bakal menjadi seorang ayah dan ibu.... Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.
anda yang masih mempunyai bapa hargailah keberadaan bersama anda.

Bagi yang telah tiada doakanlah semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Nya..

-Renungkan:

Ayah tak pernah kata, “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehlah kau kirim wang untuk ayah”
Tapi kita selalu minta pada ayah dan ibu.. itu dan ini…malah macam-macam kan..kan..?pernah kita memikirkan susah dan senang mereka..?

HAPPY FATHER'S DAY

BY HARI INI DAN SEMALAM




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...