Followers

Sunday, July 24, 2011

KESUNYIAN MENGAJAR KITA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN

Keseorangan..kesepian..semuanya membawa maksud yang lebih kurang sama. Ia merupakan satu adunan perasaan yang membuatkan seseorang itu lemah. Bila terasa sepi, mulalah satu persatu kenangan menjengah ke minda. Bila kesunyian, rasa terpinggir dan tersisih...

Kita tidak boleh lari dari rasa sepi dan sunyi. Manusia tidak lengkap tanpa kedua-kedua perasaan itu. Kadangkala kesunyian dan kesepian mengajar kita menjadi lebih tabah. Tidak kurang juga membuatkan jiwa kita parah. Bergantung pada sejauh mana kita mampu mengawalnya.

"Bila diterpa sunyi, ada rindu yang berputik. Bila dicengkam sepi, ada resah yang terbit...."
Bergelumang dengan perasaan sunyi dan sepi benar-benar membuatkan hati gundah. Entahlah, sukar untuk dimengerti mengapa kita berasa sepi dan sunyi walau ada kawan atau teman di sekeliling.
Mungkin, semuanya harus kembali semula ke titik permulaan, iaitu iman dan taqwa. Hati ini sepi, mungkin kerana kurangnya amal. Jiwa ini sunyi, mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa.....~

by HARI INI DAN SEMALAM

4 comments:

Fatin Aqilah said...

jiwangnya dia , hee :)

feel free to drop a comment :)

http://gulahatiqyla.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

Nursyalin Mohamed Bakri said...

ade baeknye hdup ni sunyi..
dr ctu kte ley teliti satu persatu tentang hdup kite..
mencari ape yg slame ni kte nak..
juz take a time to full back ur empty life..gudluck to u n me too..(:

::FAIZ:: said...

"Bila diterpa sunyi, ada rindu yang berputik. Bila dicengkam sepi, ada resah yang terbit...."

nice.. indah susunan ayat anda

ayanuts said...

eemmmm...sunyi dgn sepi..bnda yg palg sy xske sbb mcm yg anda ckp sume kenangan dan rindu akn dtg blk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...