Followers

Thursday, August 25, 2011

NAK HIDUP PUN SUSAH, NAK MATI LAGI SUSAH~


NAK HIDUP pun susah..apatah lagi untuk mati...Dalam kehidupan kita ada beberapa perkara yang tidak boleh kita atur mahupun rancang dengan sebaiknya
Di mana dan bila kita akan dilahirkan, dalam keluarga mana kita akan dibesarkan, bila akan kita meninggal dan di mana kita akan dikebumikan...

by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, August 14, 2011

KALAULAH HATI ITU GELAP GELITA~


Dulu ingat lagi..setiap kali aku menonton tv3,iklan ini akan terus menemuiku...
aku tertarik dengan iklan ini..alaaa..iklan sabun yang basuh baju tuu...hehe..
yang 1st jumpa anak kucing tepi jalan,yang comot-comot tu...
ingat x iklan sabun breeze tu...??haha
aku tertarik dengan pesanan  seorang ibu ...

"si putih boleh dicuci..tapi hati yg suci sukar untuk dicari"


kekadang kita cuma tengok kata-kata iklan hanya sebagai untuk mempromosikan barangan,tetapi pernahkah kita melihatnya dari konteks untuk memajukan diri kita sebagai insan yang lemah ini...??
benarlah apa yang disampaikan oleh pesanan ibu itu kerana hati yang bersih melambangkan peribadi seseorang baik atau buruk..

Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik. Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya, kenapa kamu lakukan itu dan ini? Untuk siapa dan apa faedahnya? Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada.


Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru?

by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #5

"Sebutir beras itu ibarat setitik peluh petani...."

ingat ye adikku Puteri Qistina Syakira....hehe;-)

BY HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, August 4, 2011

CABARAN BANGUN SAHUR SEWAKTU ZAMAN KANAK-KANAK..~

Sambil tunggu nak bangun untuk sahur, tetiba aku teringat kembali zaman sewaktu kanak-kanak dulu..memang tak pikir apa da..yang pasti dulu kan "aku berpuasa hanya pikir nak dapat duit raya banyak dari umi dan walid"...hehe
jika tidak puasa duit raya akan dipotong,sehari puasa akan dapat RM1.00 , kalau setengah hari pun dapat upah RM0.50....pun jadi hehe
memang aku akan lumba ngan adik dan kakakku siapa dapat duit raya lebih nanti,konon bajet bleh kaya lah time besar nanti masuk duit dalam akaun bank kan...haha bestt sangat kot bila terkenang zaman kecil-kecil dulu,maklumlah baru nak belajar berpuasa kan...
RasaNnya ampa pun begitu jugak kan macamna mak bapak kita melatih kita untuk berpuasa.Sememangnya waktu kanak-kanak lah yang paling meriah sekali.Lebih meriah apabila tiba waktu untuk berbuka,kita yang kecil nie lah yang paling banyak kerenah di meja makan dan diberi keutamaan lebih. Segala yang kita nak semuanya dituruti oleh mak bapak kita kan..kan..?
kadang-kadang semua makanan kat atas meja semua kita nak telan sekaligus,padahal perut kecik ja dulu..makan x penah nak habis...haha!!
Namun melayan kerenah si kecil yang berlapar dan nafsu mahu pelbagai juadah ketika berbuka tidak sehebat cabaran mengejutkan untuk bangun sahur. Sedar atau tidak, orang dewasa pun liat nak bangun sahur,inikan pula kita yang kecil nie terutama yang baru belajar berpuasa.....Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak berpuasa kan..


sekian sahaja coretan ku untuk kali ini k..okk time's uppp..
masa untuk bangun sahurrr!!!!!
yang penting ingat kalau puasa x penuh,x boleh dapat duit raya banyakkkk!!!hehe
Aku sedar cabaran yang dialami oleh ibu bapaku semasa dahulu,,,,

terima kasih umi&walid....~

by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, August 3, 2011

WordlessWednesday #4

ADUHAII,,MERAJUK LAGI..KEJE NAK IKUT PLAKK
PADAHAL SI ABG ADA DATE LAIN LAGI NIE...HEHE

BY HARI INI DAN SEMALAM

Tuesday, August 2, 2011

KENTUT YANG WANGI BOLEH MENJADI BUSUK PART2




sambungan ENTRY daripada post sebelum nie...saja2 je laa...hehe
aduyaii..dah buang tabiat ke aku nie........


Berikut merupakan Nama Isteri di Handphone Suami (hasil survey majalah)

1 - Baru menikah : MY LOVELY WIFE ♥ ♥

2 - 1 thn menikah : MY WIFE/MUMMY
3 - 5 thn menikah : HOME
4 - 10 thn menikah : IBU PEJABAT
5 - 15 thn menikah : BILIK GERAKAN
6 - 20 thn menikah : BUKIT AMAN
7 - 25 thn menikah : WRONG NUMBER!!


macam-macam Lah kalau dh dapat lelaki plastik....haha!!


by HARI INI DAN SEMALAM

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2011 1432H

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

sekadar berkongsi sedikit mukadimah ramadhan.....~
mari kita sama-sama "buang yang keruh,ambil yang jernih....;-)

BY HARI INI DAN SEMALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...