Followers

Sunday, November 18, 2012

JODOH YANG BAIK =)

Jodoh yang baik tu  harus dipandang dari persepsi yang betul.
Memang jodoh yang baik tu untuk orang yang baik, tapi macam mana kita klasifikasikan sebagai jodoh yang baik? pada aku, mungkin sewaktu awal pernikahan jodoh kita bukannya baik pada pandangannya, cuma selepas bernikah keadaan akan jadi berubah. ada dua keadaan, samada memang dari awal dia baik, atau berubah jadi baik selepas berkahwin.
samada kita sendiri yang berubah jadi baik, atau pasangan itu yang mula berubah. semoga kita semua menerima jodoh yang baik :)

# EHH aku nihh..dah pandai bercakap macam orang yang dah bernikah pulak...hehe
p/s : Berjalan mesti ke hadapan bukan ke belakang; semakin hari kita semakin dewasa =)



by HARI INI DAN SEMALAM

Wednesday, August 15, 2012

KISAH BANGUN SAHUR MASA KECIL-KECIL DULU



Sambil tunggu nak berbuka puasa, tetiba aku teringat kembali zaman sewaktu kanak-kanak dulu..memang tak pikir apa da..yang pasti dulu kan "aku berpuasa hanya pikir nak dapat duit raya banyak dari umi dan walid"...hehe
jika tidak puasa duit raya akan dipotong,sehari puasa akan dapat RM1.00 , kalau setengah hari pun dapat upah RM0.50....pun jadi hehe
memang aku akan lumba ngan adik dan kakakku siapa dapat duit raya lebih nanti,konon bajet bleh kaya lah time besar nanti masuk duit dalam akaun bank kan...haha bestt sangat kot bila terkenang zaman kecil-kecil dulu,maklumlah baru nak belajar berpuasa kan...
RasaNnya ampa pun begitu jugak kan macamna mak bapak kita melatih kita untuk berpuasa.Sememangnya waktu kanak-kanak lah yang paling meriah sekali.Lebih meriah apabila tiba waktu untuk berbuka,kita yang kecil nie lah yang paling banyak kerenah di meja makan dan diberi keutamaan lebih. Segala yang kita nak semuanya dituruti oleh mak bapak kita kan..kan..?
kadang-kadang semua makanan kat atas meja semua kita nak telan sekaligus,padahal perut kecik ja dulu..makan x penah nak habis...haha!!
Namun melayan kerenah si kecil yang berlapar dan nafsu mahu pelbagai juadah ketika berbuka tidak sehebat cabaran mengejutkan untuk bangun sahur. Sedar atau tidak, orang dewasa pun liat nak bangun sahur,inikan pula kita yang kecil nie terutama yang baru belajar berpuasa.....Memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak berpuasa kan..

yang penting ingat kalau puasa x penuh,x boleh dapat duit raya banyakkkk!!!hahahaa itu cerita dahulu..sekarang bila dah dewasa cenggini mestilah kena ikhlas untuk beribadah kan ye dakk ..???...hehe


Aku sedar cabaran yang dialami oleh ibu bapaku semasa dahulu,,,,

terima kasih umi&walid....~

by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, June 17, 2012

SELAMAT HARI BAPA!


SELAMAT HARI BAPA!
to my walid (AZMAN BIN HJ AHMAD)..
"walid" adalah nama panggilan kepada ayahandaku dan juga "ummi" kepada bondaku...=)

terima kasih atas segala kasih sayang yang dilimpahkan kepada anak-anak mu selama ini..
Bapa mahupun ibu masing-masing memainkan peranan terpenting dalam hidup anak-anak. Mereka lah yang menjadi penentu dan pemangkin kepada pembesaran dan kedewasaan anak-anak. Manakala sang anak pula merupakan cermin kepada kejayaan dan kecemerlangan mak bapak dalam kemahiran mendidik dan melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.


Kadang-kadang tu bila anak dok buat silap atau salah, biasanya mak akan kata pada bapak, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam pak dia…Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”.......HEHE
Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi aku percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi aku mak atau ayah, depa semua sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka, kerana suatu hari nanti kita juga bakal menjadi seorang ayah dan ibu.... Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.
anda yang masih mempunyai bapa hargailah keberadaan bersama anda.

Bagi yang telah tiada doakanlah semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Nya..

-Renungkan:

Ayah tak pernah kata, “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehlah kau kirim wang untuk ayah”
Tapi kita selalu minta pada ayah dan ibu.. itu dan ini…malah macam-macam kan..kan..?pernah kita memikirkan susah dan senang mereka..?
i don't need to tell my dad that i love him...he know ..
thankx 4everything ~
HAPPY FATHER'S DAY

BY HARI INI DAN SEMALAM

Monday, May 28, 2012

MANUSIA MUDAH LUPA DENGAN KESENANGAN DAN KEINDAHAN YANG DIBERIKAN

Manusia mudah lupa. Kesenangan dan keindahan yang dimiliki sering membuatkan kita lupa bagaimana untuk mensyukuriNnya. Kita mudah mengabaikan dan kadang kala menidakkan apa yang sebenarnya telah menjadi milik kita. Kita tidak peduli kita tidak hairan kita tidak kisah akan kehilangan waktu itu. Semua ini terjadi kerana kita berasa sudah TERLALU SELESA dengan kesenangan yang dimiliki.
kebiasaannya ,bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, seharusnya kita perlu bersyukur....=)

tapi...
bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?
Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah penghalang untuk kita berjaya dan lemah semangat kerana suatu hari nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan..Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya..Kebaikan mahupun keburukan...=)



 Entri diatas sekadar renungan yang ingin dikongsikan kepada rakan reader dan juga buat diri sendiri yang serba kekurangan  ini untuk lebih kuat dalam menjalani liku-liku kehidupan seharian..
supaya HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM =)
by HARI INI DAN SEMALAM

Monday, April 23, 2012

CERITA SI BANTAL BUSUK

Bila disebut bantal busuk ja sudah pasti akan ada yang tersenyum manis teringat bantal sendiri di tempat tidur, 
Bantal busuk disini x bermaksud bantal itu berbau busuk tetapi merujuk kepada bantal kesayangan kita sewaktu tidur..Rasanya kalau x da bantal tu memang kenikmatan tidur tidak puas..tidur pun x nyenyak kalau tanpa bantal busuk tuu..hehe



bagi sesetengah kanak-kanak bantal busuk memang tidak dapat dipisahkan, bantal yang selalu menemani dari hari ke hari..
adik aku sendiri dulu dok usung sana sini bantal busuk dia, kalau tertingggal umi ngan walid kena patah balik untuk dapatkanNya, kalau tak mengamuklah dia nanti sewaktu hendak tidur sampai aku yang baru nak terlelap nihh terjaga kan..potong stim betul..hehe
dah lah bantal busuk dia memang dah x nampak rupa bantal..design bantal memang dah hilang..kalau baunya, jangan cakap lah memang bucuk+masam bagai...susah jugak kalau yang dah terbiasa dengan bantal busuk nie kan..hehe

Dipercayai tabiat mempunyai bantal busuk menjelang tidur bukan disebabkan oleh faktor genetik mahupun personaliti sesebuah keluarga. ia suatu perbuatan yang sudah terbiasa sejak kecil lagi.

Bantal busuk sekalipun ditendang.. dibaling.. barang ini tetap dicari semula bagai setengah mati sebab dah jadi seperti teman sejati berbeza dengan bantal-bantal lain, biarpun menjadi satu keperluan untuk meletakkan kepala lalu melelapkan mata tetapi ia akan berubah dan bertukar mengikut tempat masa atau keperluan individu..

justeru dengan itu, setiap orang dikatakan ada bantal busuk masing-masing, bagaimana pula dengan anda..? adakah bau bantal busuk ada sudah cukup wangi..? okk..tiada siapa yang tahu kecuali anda sendiri, even ada air liur basi sendiri pun,kalau dengan bantal sendiri tetap kita akan kata wangi kan..kan..hehe =)


by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, April 1, 2012

BENDA KECIL BAGI LELAKI ADALAH BESAR BAGI WANITA

Kedengaran bunyi siulan burung-burung di tingkap bilik di suatu petang yang mendung ini memberiku satu inspirasi untuk menulis entry di blogku ini yang sudah berkurun tidak ku singgah..
berbalik kepada tajuk entry aku diatas, sebenarnya naluri lelaki dan wanita adalah berbeza hakikatnya masing-masing saling memerlukan..

actually, its hard to find someone that can really understand you....susah sangat kita nak cari seseorang yang betul-betul memahami kita. Even orang yang dah berkahwin sampai 10 tahun pun belum pasti dapat memahami pasangannya.

bagi orang lelaki mereka gemar menceritakan masalah mereka kepada rakan-rakan lelaki yang lain,hal ini kerana pemikiran mereka lebih kompleks dan simple. Mereka lebih suka meluahkan masalah mereka kepada rakan-rakan mereka dari menceritakan kepada teman wanita atau keluarga mereka. Tetapi hal ini kebiasaannya tidak bagi orang perempuan. Orang perempuan yang menceritakan masalah mereka biasanya inginkan orang lain prihatin serta memberi perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi. Sebab itu, orang lelaki jika ingin mengambil hati wanita, jangan sekali-kali cuba memberi pelbagai nasihat dan pandangan untuk menyelesaikan masalah mereka. Ingat, mereka inginkan perhatian anda, bukan pandangan anda tentang apa yang harus mereka perbuat. Nasihat itu perlu juga, tetapi janganlah terlalu berlebihan tanpa menunjukkan betapa prihatinnya anda terhadap diri mereka.
Dari aspek yang lainnya pula, orang lelaki tidak seperti orang perempuan yang sangat terperinci dan teliti. Mereka tidak suka ambil tahu hal benda yang remeh temeh. kalau boleh nak fikir senang ja tanpa menyerabutkan atau melambatkan fikiran mereka. Orang perempuan mengambil berat tentang tarikh-tarikh istimewa, kenangan dan hal-hal lalu dan lain-lain perkara yang mungkin orang lelaki sudah tidak berminat untuk ambil tahu. Minda orang perempuan sangat terperinci dan mementingkan ‘details’. Hal remeh temeh pun diambilkira. Sebab itulah orang perempuan boleh mengungkit perkara yang sudah berlaku bertahun-tahun lamanya yang mana bagi orang lelaki, sudah tidak relevan untuk difikirkan lagi. 
Sebenarnya ini adalah kelebihan orang perempuan. Dengan minda dan cara berfikirnya begitu, mereka boleh menjadi seorang ibu dan penjaga yang baik. Sedang mereka memasak di dapur contohnya, mereka boleh memikirkan mengenai anak mereka yang bersekolah, baju yang belum dibasuh, barang-barang dapur yang hampir habis dan macam-macam lagi...
kalau anda tidak percaya, cuba lihat ibu anda di rumah betol atau tidak...????hehe
sebenarnya, banyak lagi perbezaan antara lelaki dan wanita, rasanya cukup disini sahaja saya berkongsi pendapat bersama anda. segala yang anda baca tadi adalah berdasarkan pemerhatian saya sendiri dan maklumat hasil dari bahan bacaan di internet,ceramah dan sebagainya.
by HARI INI DAN SEMALAM

Saturday, February 25, 2012

7 ENTRY PALING POPULAR SEJAK TAHUN 2010


Sejak dari tahun 2010 aku telah menulis 150 entry di blog ini.
sebenarnya aku bukanlah seorang blogger yang popular, seorang yang sentiasa update entry di blog..hanya sekadar mengisi masa lapang..segala cerita di dalam blog ni adalah cerita peribadi, umum dan hasil pengalaman sendiri, rakan-rakan. Sekali sekala berkongsi pengetahuan dengan pembaca tentang apa perasaan yang mereka alami,manusia rambut sama hitam,tetapi hati lain-lain, Ada yang tulis blog kerana ingin berkongsi kepakaran.
Ada juga sekadar suka-suka. Ada yang ingin menjana pendapatan sampingan. Ada juga yang menulis blog untuk menyebarkan fitnah.
Anda pula bagaimana? Apapun niat anda, pastikan ikhlas dan tidak mengaibkan mana-mana orang dan berinformasi kepada orang ramai

Maaf ,kalau blog ni tidak memenuhi citarasa masa kini,kerana penulis blog ini menulis bukan untuk nak jadi popular,hanya sekadar mengisi masa lapang dan menambah kenalan didalam dunia cycber..

Sejak dari tahun 2010 aku telah menulis 150 entry di blog ini.
Sebilangan entri dibaca di antara 200 dan 2000 pengunjung. Disini aku senaraikan 7 entri terbaik sepanjang masa untuk bacaan mereka belum berkesempatan mengunjungi entry aku tersebut









Ketika aku mula-mula menulis dulu, tak pernah terbayang pun di minda ini untuk melihat dunia blogging semeriah hari ini.
Kepada pengunjung yang sudi singgah sama ada melalui link/back link/twitter,facebook atau google tersalah beri keywords,jutaan terima kasih diucapkan kepada anda kerana sudi melawat blog ini.

BY HARI INI DAN SEMALAM

Friday, February 24, 2012

DARI KACA MATA : SUKA TENGOK ORANG YANG TERSENYUM MANIS NI..=)



"Senyum ja memanjang hang nie...ada teringat kat sapa-sapa ke" tegur kawanku . Aku x perasan pulak sejak bila dia tenung aku nie..hehe
"ehh..mana ada..hehe besa lah aku memang macamnie,hang macam x kenal  aku pulak kan.." balasku tersipu-sipu sambil mengikat tali kasut bola di padang dengan fikiran yang kosong

Entahlah sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun sibuk menghabiskan cuti semester di rumah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.....kekeke =)

secara jujurnya aku suka tengok orang yang tersenyum dengan manisnya, kerana senyumannya nampak mukanya begitu ikhlas Apabila kita melihat seseorang itu hidup ceria je dengan gelak ketawa. Kita suka sebab sifat atau perangai si dia yang ceria dan happy-go-lucky kerana
SENYUM adalah bahasa dunia yang menunjukkan kecerian membawa maksud bagi seseorang.
sememangnya mata seorang lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

okk..para pembaca blog HARI INI DAN SEMALAM..nak berkongsi sedikit pengalaman dahulu...tiba-tiba aku teringat pulak kisah sewaktu aku kecil dahulu...alkisahnya bermula apabila
"aku seorang budak kampung ..dulu kecik-kecik suka tengok kambing makan rumput,selepas makan rumput dia akan berbunyi "mbekkkk..bekkkkk..... berulang kali.....itu tandanya kambing itu senyum ..."
apabila perut dah kenyang..hati akan senang hati
betol lah agaknya kan..hehe


sekali pandang, manis kan senyuman kambing nie..hehe
kadang-kadang kita sebagai manusia pun susah nak memberi senyuman sesama kita, tetapi kambing sedikit pun x kedekut untuk memberikan senyuman kepada kita
 
Kalo nak senyum biar manis, jangan senyum sorang-sorang di depan cermin..takot anda dikatakan gila ...kekeke =)
bersenyumlah kerana senyuman itu satu kemanisan wajah

by HARI INI DAN SEMALAM



Friday, February 17, 2012

BILA KITA BERBICARA SOAL HATI =)


Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik.

Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul.

Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.

Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk, dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata
"Aku tahu niat dia tu memang tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..."

Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain. Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui.

Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.Terlalu banyak kekhilafan diri.Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana diri kita sendiri sebagai manusia yang lemah
.

by HARI INI DAN SEMALAM

Monday, February 6, 2012

GOLDEN FACT OF LOVE~

Kita selalu jatuh cinta dekat orang yang takkan jatuh cinta dengan kita,
Kita selalu lari daripada orang yang benar-benar mahukan kita,
Bila kita cari cinta itu memang tiada yang mencuit hati,
Bila kita tak mencari cinta itu ada menunggu kita,

Kadang-kadang aku terfikir. Kenapa aku selalu suka dekat orang yang aku tahu takkan suka dekat aku.  maka bila suka pada seseorang aku selalu merasakan ketidak layakkan aku untuk memiliki seseorang...
adakah anda juga berperasaan sebegitu...??

Kadang-kadang ada Orang yang betul-betul suka kat kita,tetapi kita pula tidak sukakan balik. Walau macam mana kita cuba menyukai pun kita tetap takda perasaan tu. Sebelum nie,aku pernah mencuba memberikan perasaan kepada orang yang menyukai aku kerana aku pernah dengar orang-orang tua cakap  adalah
"lebih baik mencintai orang yang mencintai kita daripada mencintai orang yang tidak mencintai kita..." 
Tapi, sampai bila aku nak menipu seseorang tu kan...Bukan niat aku untuk mempermainkan perasaaNya...
aku cuba bersikap jujur..menjelaskan kerana aku tidak mahu melukakan hatinya lagi...adalah lebih baik mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain..

ada jugak aku pernah terdengar dari ayat dari pengaruh drama tv...
"jangan wat seseorang itu jatuh cinta dengan kita,kalau kita tidak menyintaiNya.."
tetapi secara jujurnya  perasaan sayang itu hadir tanpa disedari..kadang-kadang secara kita tidak sedar yang perangai atau cara percakapan kita telah buat orang suka begitulah kenyataanNya..kan kan....???
sebenarNnya macam mana cara pun tak kisah, janji kita tahu apa yang hati kita nak dan kita yakin dengan keputusan yang kita buat dan tidak akan menyesal kemudian....
"Seandainya kita menerima orang yang mencintai kita, terimalah dengan hati yang ikhlas bukan kerana terdesak, ingin menunjuk atau niat ingin mempermainkan seseorang....

aku disini bukan berniat untuk berjiwang wat ayat romantis bagai..tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan sebagai pengajaran untuk diriku dan kalian juga..
sorry if ada yang terasa..x berniat untuk menyindir dan sebagaiNnya...
tetapi itulah hakikat sebenar kehidupan kita kan..kan..kan...??????





by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, February 5, 2012

CINTA ADALAH PERSOALAN HATI ~

Cinta adalah persoalan hati.. hati ini, sekalipun tak nampak parut, bila terguris, sakitnya akan sangat terasa walaupun perkara itu dah lama berlaku. Sedangkan anggota zahir ini, walaupun lukanya sampai ke tua tak hilang  tapi rasa kesakitan itu dah lama hilang. Sebab itu, kadang-kadang adalah lebih baik luka anggota zahir ni.. sebab mudah nak merawatnya.. berbanding luka di hati, kadang-kadang kita nampak wajahnya macam ceria, tapi di dalam hatinya, tiada siapa yang tahu... 


MENGENANG kisah-kisah dulu sering mengimbaukan kita kepada kenangan-kenangan silam. Yang menarik, yang best-best kalau nak diingat memang rasa seronok. Tapi yang pahit-pahit tu kalau nak dikenang, jadinya pasti sedih.

Tak ada orang yang mahu kisah pahit di masa silamnya dipertontonkan kembali. Yang dah berlaku, maka biarlah ianya berlalu. Dah lepas tu, biarlah ia terus melepas. Macam air mengalir di dalam sungai gitu. Sekali ia berlalu dari hulu, ia akan terus menuju ke hilir, terus ke muara dan menghanyut ke lautan.
Walau banyak mana pun halangan, cabaran, dugaan dan rintangan yang meniti di sepanjang perjalanan, air itu akan terus mengalir

"Jangan kenangan-kenangan itu membuatkan kita lebih jatuh dalam hidup. Apa yang berlaku dan apa bakal terjadi pada kita untuk sepuluh tahun mendatang adalah ditentukan dengan apa yang sedang kita fikirkan sekarang..."

Kita diberi rasa untuk merasa. Di beri hati untuk dihargai. Diberi masa untuk menunggu. Diberi akal untuk berfikir. Diberi perasaan untuk dikasihi. Terlalu banyak untuk diberi sehinggakan kadang kala tidak dapat membezakan mana kaca mana berlian KAN..KAN..???

Perkara yang lepas dijadikan kenangan dan pengajaran. Ia membuatkan kita matang walau pahit macam mana pun. Barang yang lepas usah dikenang. hidup kita ini sememangnya medan ujian untuk menguji sejauh mana kekuatan kita. 

What past is past. We should be mature enough to leave it all behind and start fresh....~


BY HARI INI DAN SEMALAM

Friday, February 3, 2012

MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN KANAK-KANAK DAHULU~

Alahai duduk lama-lama di rumah goyang-goyang kaki tetiba aku teringatkan zaman kecil dahulu..pernah tak anda terfikir permainan apakah yang anda main sewaktu kecil dahulu...??kalau ditanya budak zaman sekarang pasti ramai yang akan menyebut main video game..main game internet,,,FB lahh..kan..kan..?
sebagai budak lelaki..seperti biasalah, zaman bebudak dulu aku rasa permainan kita semua sama je kan..kan..??
bagi perempuan pun x kurang hebatnyaa,,2 kali 5 je..main semua kan..?haha
 Permainan dahulu  ada bermusimnya ..kalau time musim main layang-layang,sume main benda tu kan..kalo masa musim main guli..sume main guli..kan..kan..??haha 

zeropoint (memang jaguh bab lompat dulu nih...ahaha)

bagi aku sendiri..aku main ja semua permainan yang ada..sampai pernah jugak main masak-masak dengan budak pompuan..main getah..ape tah yang tali getah tu..yang ada step by step tuu..yang lompat-lompat tuu..adehh!dah lupa lahh..then,dulu selalu juga main jongkang jongkit.haha..

MAIN TUJU TIN


TUJU SELIPAR
erm..ohh..yaa..permainan lain yang aku main ialah tuju tin dan selipar..permainan ala2 softball jugak lah..memang beshh kalo balingan selipar itu terkena kepala seseorang..kalo time aku berlari...memang x ingat dunia daa...Usain bolt pun kalah....maklumlah takot kena tuju kan..(sakit kot,dulu aku pernah kena sampai nangis..hehe tapi kalo time aku untuk mengejar pulak...memang akan baling sekuat yang mungkin..balas dendam lah katakan..haha(nakal gila dulu kn...haha :p


zaman sekarang ada jual lagi x benda alah nie...?
tapi rasanya dah x jual..coz dah x da orang nak beli kan..aku sedih kat pak cik kedai runcit kt kampung hujung sana tuu.....x laku da zaman sekarang;-(
Bagi bebudak pompuan plak..kebiasaannya main pondok-pondok main anak patung kan..? aku ingat KAKAK aku dulu suka main benda ini..Masa itu ingat ia satu permainan..bila dah besar baru perasan yang itu ialah suatu pembentukan wajah bagi wanita dan ibu kan..?hehe..lawak-lawak..
Dulu-dulu..aku suka main lari-lari..maklumlah.. dulu memang buas..hyperaktif Person..memang x pernah kenal erti penat....haha..
zaman kanak-kanak adalah zaman yang kita sendiri tidak mengenal apa itu erti penat,erti duka.Yang tahu cuma kegembiraan sahaja. Aku sendiri mempunyai pengalaman seperti itu.Bak kata orang,kanak-kanak ini hidup didalam dunia yang penuh keseronokan yang menjadikan permainan itu sebagai sebagai bahagian daripada kehidupan mereka kan...kan..??


Anda pernah dengar "Police n thief anyone".......bunyi lagu dia " Polis n tif wan to jaga ....polis mati pencuri jaga"....kakkakakka.....nie pon best.....game nie paling lama....sembunyi tak hingat nyer.


p/s tak suka jadi Polis......sebab kena cari owang bagai nak mampos huhuhu
woww!!beshh ouuhhh jadi budak-budak..terasa ingin dilahirkan semula je..haha

" “When I was a kid, I didn’t have a laptop, iPod, Blackberry , PS3, Wifi or iPads. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide and seek. I ate what my mum made. I would think twice before I said “no” to my parents. Life wasn’t hard, it was good & I survived. Kids these days are spoiled. ”
( facebook,2012)

#sampai Najwa latif yang berumur 16 tahun tuu pun dah pandai cipta lagu "cinta muka buku" ..tiap-tiap hari kat radio duk dengar lagu dia je..
kah kah kah!!
kanak-kanak zaman sekarang dah jauh beza, zaman dah berubah
but now, aku sudah perlahan-lahan melangkah ke alam dewasa, seronok kan bila mengimbau kembali zaman kecil-kecil dulu =)
anda pula bagaimana...???




BY HARI INI DAN SEMALAM

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI KEPADA ANAK MURIDNYA :-)



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).







Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “


sumber : http://tazkirah.yolasite.com/tazkirah.php


by HARI INI DAN SEMALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...