Followers

Monday, June 27, 2011

KENAPA KEDAI MAMAK MENJADI PILIHAN BUDAK-BUDAK SEKARANG..?

Sekali pusing sekali mai...pi mai pi mai tang tuu jugak..
X habis dengan lepak kat kedai mamak...tambah kalau ada game bola EPL..MAHARAJA LAWAK..KOnsert......atau sekadar ingin melepak minum..isap okok tang luu..ditambah pula dengan bicara luahan hati kepada member2....hehe....memang taksub sungguh melepak kat kedai mamak nie kan...?full je table..haha 


Kalau bagi budak lelaki memang gemar lah lepak minum kat kedai mapley nie kan..kadang-kadang kalau ada game sampai 2-3 pagi...sampai dengar azan subuh baru nak pulang...haha..
berbeza pula dengan kaum wanita nie..sebut sahaja "kedai mamak"  ramai yang menunjukkan mimik muka yang mengelikan..maybe geli tengok "mapley" kot..entahlaa.....hehe


bagi pendapat aku sendiri...makanan yang disediakan terdiri daripada menu yang digemari ramai seperti roti canai..roti nan..nasi kandar ayam tandoori...dan maggie goreng mamak tetap menjadi favourite walaupun harganya sangat mahal...
kalau kita tengok..kebanyakan kedai mamak nie dibuka 24 jam setiap hari,jadi bagi mereka yang ada sindrom masalah lapar secara tiba-tiba akan menjadi destinasi pilihan mereka..kadang-kadang sampai boleh bau ketiak mapley tuu kan...kita bley tengok betapa tekunnya mereka bekerjaa..haha!!


tetapi kita perlu ingat jangan servis yang bagus kita support mereka kaw2 sampai jadi kaya raya kerana majoriti pekerja-pekerja bukannya 100% islam pun kan...
tahukah kita kedai mamak lah yang mahal dari serba serbi...kerana servis yang bagus, kita lupa dengan harganya yang buat kita miskin dalam sekelip mata..
Cuba bandingkan harga milo ais kedai mamak dan melayu... mamak 1.80... melayu 1.60... mamak plak bukan pakai milo original, tapi pakai serbuk koko yang tak sedap rasa dia...
sebenarnya entry aku diatas x bermaksud pun nak boikot atau sebagainya kerana aku juga melepak jugak kat kedai mamak nie..cuma nak pembaca memikirkan keadaan yang sebenarnya...jangan kita terlalu mengagungkan restoran mamak atau taksub sangat....
semuanya terpulang kepada kita sendiri kan.....hehe
tetapi ada satu fakta yang terbukti kebenarannya....

"kedai mamak x penah mbeli bekalan garamnya sendiri..
oleh kerana mereka membuat garam mereka sendiri...." 
 lu pikir2 lah..hehe
by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA!

SELAMAT HARI BAPA!
to my walid (AZMAN BIN HJ AHMAD)..I loved you so much!

terima kasih atas segala kasih sayang yang dilimpahkan kepada anak-anak mu selama ini..
Bapa mahupun ibu masing-masing memainkan peranan terpenting dalam hidup anak-anak. Mereka lah yang menjadi penentu dan pemangkin kepada pembesaran dan kedewasaan anak-anak. Manakala sang anak pula merupakan cermin kepada kejayaan dan kecemerlangan mak bapak dalam kemahiran mendidik dan melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Kadang-kadang tu bila anak dok buat silap atau salah, biasanya mak akan kata pada bapak, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam pak dia…. Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”.......HEHE
Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi aku percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi aku mak atau ayah, depa semua sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka, kerana suatu hari nanti kita juga bakal menjadi seorang ayah dan ibu.... Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.
anda yang masih mempunyai bapa hargailah keberadaan bersama anda.

Bagi yang telah tiada doakanlah semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Nya..

-Renungkan:

Ayah tak pernah kata, “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehlah kau kirim wang untuk ayah”
Tapi kita selalu minta pada ayah dan ibu.. itu dan ini…malah macam-macam kan..kan..?pernah kita memikirkan susah dan senang mereka..?

HAPPY FATHER'S DAY

BY HARI INI DAN SEMALAM




Monday, June 13, 2011

CINTA PANDANG PERTAMA SEBAGAI CINTA TERAKHIR....BOLEH KE..??

Jatuh cinta pandang pertama..?
pernah anda alaminya..?
dengan slumber dan penuh gentleman..aku menjawab "saya pernah alaminya..tetapi buntu di pertengahan jalan........hehe
sebenarnya..cinta pandang pertama, banyak memberi pengajaran pada kita tentang kejujuran, tentang persahabatan, tentang kasih sayang, tentang perngorbanan dan seribu satu macam rasa.

Cinta pandang pertama, selalunya banyak membicarakan soal rindu, soal kasih, soal sayang, soal perasaan. Itulah pengalaman yang indah yang akan menjadi landasan untuk cinta kedua. Ia juga akan menjadikan cinta kedua lebih bermakna jika iktibar di ambil dari cinta pertama.

Dimana silapnya dalam menjalin persahabatan? Kurangkah dalam memberi kepercayaan? Apakah tiada jujur dalam perhubungan? Atau mungkinkah kurang perhatian dalam soal kasih sayang? Atau kurang membicarakan soal rindu dan perasaan? Mungkin suatu hari nanti kita akan lebih mengerti, akan lebih berhati-hati dan akan lebih bersedia dalam menghadapi keperitan dan kehangatan cinta



Cinta pandang pertama..??

Bila hati terdetik....Bila mulut berbicara... Bila mata terpandang... Bila telinga terdengar... Kasih pun terungkai...

Lalu senyum pun tersipu malu
.....



OK2..cukup2 ayat bermadah jiwang untuk hari ini....haha






by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, June 5, 2011

FESYEN RAMBUT ZAMAN DAHULU VS ZAMAN SEKARANG

Zaman fesyen berubah dengan peredaran waktu yang silih berganti.Semakin hari kita dapat melihat pelbagai fesyen yang berubah dari semasa ke semasa, tetapi apa yang menarik perhatian aku disini ialah...
gaya fesyen rambut lelaki zaman dahulu dan zaman sekarang...


seronok ni tau kalo dikenang balik zaman bapak-bapak..tokwan kita dahulu..pernah anda melihat gaya mereka pada zaman muda dahulu x..?
mesti ada yang pernah dan tidak pernah kan...hehe


ok..pada zaman dahulu..apa yang aku nampak lah kan kebanyakan lelaki muda lebih suka menyimpan rambut panjang dan berseluar ketat. mungkin juga terpengaruh dengan budaya rocker seperti kumpulan search dan wings yang meningkat sewaktu dahulu..mungkin juga...kalau rambut panjang leh kasi nampak serabai..kalau rambut pendek leh ikat key kat kepala atau sampai pergelangan tangan pun boleh kan......haha


ada juga yang lebih gemarkan rambut bersikat tepi rapat sampai ke kulit kepala pun ada juga...yang nie lebih nampak kelihatan kemas kan..




dan sampai pula kepada zaman mat-mat belah tengah nie..nama yang baru meningkat waktu itu ialah tomok dari kumpulan new boy..zaman nie para wanita amat minat dengan jejaka yang jenis jambu rambut belah tengah nie..style belah tengah dibuat apabila seseorang tu hendak meningkat remaja gemar laa wat style macamnie...hehe ishh..x boleh aku apabila diimbas kembali muka tomok belah tengah..hahakkk......
(lawak-lawak...kih3,..)


tapi bila dah sampai ke zaman sekarang nie..semua nak yang pacak-pacak je kan..ada yang style beckham...korea style...tapi yang macam alley cat pun ada jugak taw..haha..terpulang kepada seseorang tu lah kan..x salah kalau nak bergaya ikut peredaran zaman..
macam-macam style laa dulu kan..hehe
tapi apa yang penting sekali kat sini..sekurang-kuranyaNya kita tahu gaya bapak-bapak..tokwan kita dahulu macam manakan..pasti mereka tersenyum apabila diimbas kembali zaman mereka dahulu......;-)


by HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, June 2, 2011

PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK!!




pi mai pi mai..tang tuuu jugak...
semakin lama aku merasakan dunia semakin kecil
pergi ke mana-mana pun..akan tetap jumpa orang yang sama kan..kan..?
mesti ada yang kenal..terserempak..kantoi lah...ape lah..hehe
tetapi yang lebih menyeronokkan apabila kita dapat kembali berhubung dengan teman-teman sepermainan masa kecil-kecil dulu..dapat jumpa member lama time zaman sekolah dulu kan..

ditambah pula dengan kewujudan "facebook" @ "muka buku" menjadikan dunia tanpa sempadan. Segala luahan hati dan perasaan,semua diluahkan di dalamNnya.."nak makan..nak tidur..nak berehat sebentar..nak melayan drama..banyak lagi lah kan..putus cinta..fall in love lah...adehh..
Kadang-kadang nak g toilet pun bleh wat 1 dunia tahu..adeh..macam x da benda lain kan..haha


 zaman sudah maju, segala urusan semua nak cepat diselesaikan kan...
Kalau ada masalah ja, mesti kita nak cepat-cepat selesaikanNyA kan,walhal masalah tetap akan datang walau kita cuba lari dariNya sekali pun..kan..kan...?
tapi sedarkah kita,masa semakin hari semakin jauh berjalan..
yang muda akan tua..yang hidup akan pergi meninggalkan..
begitu juga dengan masa
"semakin kita hendak mengejar masa, semakin itu juga masa sentiasa lari daripada kita..."
fikir-fikir kan lah eh.....;-)


tapi kalau ada yang merasakan diri anda itu masih muda itu,beringat-ingatlah k..walaupun aku sendiri merasakan diri aku ini masih kanak-kanak kecil lagi...hehe...padahal umur dah meningkat tua...(poyo gila kan)..haha


tetapi aku tetap merasakan dunia dah semakin kecil...
pi mai pi mai tang tuuu jugak.....
kan..kan..kannn....?




by HARI INI DAN SEMALAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...