Followers

Tuesday, November 30, 2010

"Mak saya nak lancer, tapi saya tipu die, saya belikan die inspira, agak2 die perasan x?

Melihat Proton Inspira yang dilancarkan baru-baru ini,membuatkan aku kagum dengan keluaran tempatan.Proton Inspira ini juga dijangka akan meningkatkan kembali momentum jualan kenderaan Proton di Malaysia.
Proton Inspira ini juga dikatakan bakal waja baru,tetapi yang menjadi persoalan aku di sini, kenapa Inspira di’rebadge dari model Lancer 
Mitsubishi...?adakah proton sudah kekeringan idea untuk mengeluarkan bentuk rekaan terbaru..?
 Inspira di’rebadge dari model Lancer Mitsubishi

Sebagai rakyat malaysia aku menyokong ja keluaran tempatan nih..
Secara kasar rupa asasnya masih lagi sama dengan Lancer tapi dibuat sedikit pengubahsuian pada front grill serta bumper depannya oleh jurutera Proton.
Nampak lagi elegan daripada front grill Lancer.

Bagi kes Inspira ni, walaupun ianya nampak seperti rebadged, tapi sebenarnya banyak benda yang telah disetting semula oleh jurutera Proton (seperti yang dah ditulis kat atas tadi) supaya menjadi lebih baik daripada Lancer.  Jadi lebih layak dipanggil ‘re engineered Lancer’ daripada ‘rebadged Lancer’.
           
Apa pun, semoga syarikat automotif kebanggaan negara ini akan terus maju dan mampu untuk menyaingi syarikat pembuatan kereta yang lain serta akan mendapat sanjungan semua pihak.

berbalik kepada tajuk entry aku tadi...hehe
"Mak saya nak Lancer, tapi saya tipu die, saya belikan die inspira, agak2 die perasan x..??


by HARI INI DAN SEMALAM

Monday, November 29, 2010

Lari dari masalah untuk mengejar masalah

Anda ada masalah..?masalah kecil atau masalah besar...??ingin lari dari masalah..?hehe
Masalah adalah sesuatu yang akan selalu menemani hidup kita. Kita tidak akan pernah lepas dari masalah...
Hidup itu ibarat " sekumpulan masalah demi masalah yang datang silih berganti.."..Walaupun diluar itu, ada saja kemewahan yang sedikit menghiasi. namun sebagian besar hidup seorang manusia itu mempunyai masalah...
Namun sedarkah kita ramai orang yang selalu ingin lari dari masalah. Padahal ketika dia berlari ke sudut yang lain, dia akan menemukan masalah yang lain. Bahkan seringkali masalah yang kita tinggalkan itu juga ikut mengejar kita.
Sebenarnya apa yang ingin aku kongsi disini ialah  masalah itu akan tetap menziarahi kita dalam berbagai bentuk dan suasana....

“ Kerana susungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahanNya...."



by HARI INI DAN SEMALAM

Sunday, November 28, 2010

kenapa senyum kambing itu manis..??

hai..anda tahu apa itu senyum.....?
Senyum itu adalah perhiasan dunia yang membawa kecerian dalam setiap kehidupan kerana senyuman itu adalah kemanisan wajah seseorang

SENYUM adalah bahasa dunia yang menunjukkan kecerian membawa maksud bagi seseorang

pujangga ada menyebut...(jd ahli pujangga la plak aku kan..hehe)

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


SENYUM adalah penawar bagi segala keresahan kerana apabila hati kita gembira,automatik segala keresahan akan hilang

SENYUMAN yang diberikan menggambarkan perasaan atau jiwa kita. 

SENYUMAN juga adalah aksesori atau hiasan semula jadi yang tidak perlu ditambah semula tenaganya kerana ia akan lahir begitu sahaja. 

 
SENYUMAN adalah mukadimah yang hebat kerana kuasanya begitu kuat untuk menarik orang lain dekat atau duduk bersama kita. 

Tiada dendam dalam jiwa seseorang yang mudah memberi senyuman. 

SENYUMAN yang paling berkesan adalah yang dapat dirasai semua orang. 



berbalik kepada tajuk entry aku itu>>kenapa senyum kambing itu manis..?
alkisahnya bermula (aku budak kampung je,masa kecil-kecil dulu aku suka tengok kambing makan rumput,selepas makan rumput mesti dia akan berbunyi "mbekkkkkkkk..bekkkkk"..haha..
itu tandanya kambing itu senyum kot..?betol ke..?agaknye lah kan..haha

apabila perut dah kenyang,hati akan senang hati..

senyum siapa paling menawan..?hehe


Manis x senyuman kambing nie..?hehe...kadang-kadang kita sebagai manusia nie pun susah sangat nak memberikan senyuman kepada sesama kita,tetapi kambing ni langsung x kedekut untuk memberi senyuman kepada kita.

Mungkinkah senyuman kambing ni memberi petanda kepada kita manusia di zaman sekarang susah nak senyum.....:-)




 



by HARI INI DAN SEMALAM




Saturday, November 27, 2010

batang maut vs batang lembik

Astaghfirullah al azim… 

sedarkah kita di negara kita ini hampir 40% daripada kajian yang dibuat masalah kaum sejenis sudah menular dikalangan kita ini...

seperti yang kita sedia maklum, manusia adalah sebaik-baik ciptaan tuhan,tetapi boleh menjadi lebih hina berbanding binatang apabila membiarkan akal dikawal oleh hawa nafsu.

(terlebih dahalu aku ingin meminta maaf jikalau tajuk entry aku ini berbunyi unsur lucah atau kurang sopan)
ok..aku sambung kepada tajuk aku tadi k..hehe

"Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab kau tidak minta untuk dilahirkan begitu. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab bukan kau yang minta mempunyai perasasaan sukakan kaum sejenis. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu hak kebebasan manusia. Jika kau seorang gay, kau boleh menjawab itu aku punya pasal...."

Cuma, tolong jangan katakan, yang kau telah dilahirkan untuk menjadi seorang gay walhal itu semua datang dari diri kau sendiri. Pernah dengar yang bayi yang baru lahir tu ibarat kain putih. Terpulang pada kita untuk mencorakkanNya...~

~bawa-bawalah beringat wahai manusia yang bernama "gay",aku tidak menyalahkan kau kerana naluri kau dah semulajadi begitu, tetapi masih ada ruang dan masa untuk memperbaiki diri kau untuk kembali menjadi normal.

tetapi kita perlu ingat bahawa tuhan menciptakan sesuatu itu ada hikmah disebaliknya ciptaaNnya.~




by HARI INI DAN SEMALAM



Friday, November 26, 2010

Kalaulah hati itu gelap gelita....

Setiap kali aku menonton tv3,iklan ini akan terus menemuiku...
aku tertarik dengan iklan ini..alaaa..iklan sabun yang basuh baju tuu...hehe..
yang 1st jumpa anak kucing tepi jalan,yang comot-comot tu...
ingat x iklan tu...??

aku tertarik dengan pesanan  seorang ibu ...

"si putih boleh dicuci..tapi hati yg suci sukar untuk dicari"


kekadang kita cuma tengok kata-kata iklan hanya sebagai untuk mempromosikan barangan,tetapi pernahkah kita melihatnya dari konteks untuk memajukan diri kita sebagai insan yang lemah ini...??
benarlah apa yang disampaikan oleh pesanan ibu itu kerana hati yang bersih melambangkan peribadi seseorang baik atau buruk..



Di hati kita sendiri. Sesiapa yang mahu memperbaiki diri mesti melihat ke dalam lubuk hatinya. Di situlah asal mula kebaikan bercambah menjadi benih yang baik. Hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuannya, kenapa kamu lakukan itu dan ini? Untuk siapa dan apa faedahnya? Hanya ada satu zat yang dapat menguatkan hati kita, apabila kita bersandar padaNya maka hilanglah segala beban yang menyesakkan dada.

Siapakah yang kita cari jika hati terlalu sedih? Siapakah yang kita tuju jika mara bahaya telah mengepung dari segenap penjuru?


~selamat beramal

by HARI INI DAN SEMALAM

Thursday, November 25, 2010

CERITA SI IKAN KELI

Siapa suka makan ikan keli?cepat angkat keyboard..!!haha
Antara banyak-banyak ikan, ikan yang paling aku suka makan ialah ikan keli. Mungkin sebab kerana perangai aku yang geli-geli seperti badan ikan keli yang tiada sisik kot..? Tapi selama aku hidup selama 21 tahun, aku tidak pernah membeli ikan keli di kedai, atau memasak mentah di dalam rumah..aku hanya beli terus dari kedai makan yang siap dimasak.Perghh!!serius sedap ikan keli ni taw x..!!hahakk

Nak dijadikan ceritanya semalam, selepas balik memancing di sungai di depan rumah botak (maklumlah kerja aku sekarang kan menjadi penganggur berjaya (tanam anggur) memang berjaya sungguh lah kan..hahakk..(gelak mengilai)
rezeki yang datang tidak putus-putus,akhirnya 4 ekor ikan keli menjadi habuan kami.
OMG!memang excited gilaa..1st time in the world kot dapat tangkapan 4 ekor ikan straight!!!

Sesampainya di rumah dengan membawa balik ikan keli,Mak aku terkejut ber*k..sampai 4 ekor bawa balik,besar-besar plak tuu..Mak aku nih ikan laut memang dia x geli sangat nak menyiangnya..tapi kalau dah ikan keli memang dia geli ckitlah,jadi orang yang akan menyiangnya adalah diri aku sendiri (dah pandai bawa balik,pandai-pandai lah menyiangnya)..huhukkk
Sememangnya mencari ikan memang seronok,tetapi yang tidak seronoknya adalah menyiang ikan keli.tapi ada aku kisah..aku chill ja..(hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih)..anda setuju x?jadi ahli falsafah la pulak aku nih...hehe

bila dah tiba masa untuk menyiang ikan keli..kalau lepas nih,sesiapa yang nak belajar tu bolehlaa datang belajar dengan aku k..haha.
ok check it out.....>>

inilah ikan keli yang aku maksudkan tadi..haha..
ikan ini hidup lagi taw.


sememangya ikan keli ini agak licin+basah kerana ia tiada sisik,dan sengatnya perlu dibuang terlebih dahulu


semangat-semangat..haha




ikan ini amat licin,jadi aku memegangnya dengan kain..hehe
yang dalam bekas tu adalah ibu ikan keli...hik3..


adik saya ini adalah peminat setia no.1 aku sewaktu aku menyiang ikan ini.dia tidak putus-putus memberi semangat kepadaku..
thankx sayang~



aku tidak menyiangnya di dalam rumah kerana baunya yang agak hanyir dari ikan-ikan lain..

akhirnya,setelah selesai hendaklah seeloknya direndam di dalam air asam terlebih dahulu untuk membuang bau hanyir...perghh!!
kalo nak diikutkan cerita,aku nak cerita sampai ke riwayat tulang ikan keli itu lagi..hehe..tapi agak-agak laa kan..hahaa




by HARI INI DAN SEMALAM




Wednesday, November 24, 2010

BUAI LAJU-LAJU

~BUAI LAJU-LAJU SAMPAI CUCUR ATAP,
BELUM TUMBUH GIGI SUDAH PANDAI BACA KITAB

~BUAI LAJU-LAJU SETINGGI DAHAN TEJA,
BELUM KE SEKOLAH DAH TAHU MENGIRA, MENGEJA..

~BUAI LAJU-LAJU SAMPAI KE RUMAH NYONYA,
TERUSLAH, BELAJAR WALAU SAMPAI KE NEGERI CHINA.



Begitulah alkisahnya lagu dari seorang abang mithali kepada adiknya iaitu 
PUTERI QISTINA SYAKIRA...hehe
(adeh!buang tabiat ke aku nie tetiba jadi macamni)..haha
ye lah..biasalah gua memang sayang adik gua yang seorang nih..n i know she loved me too..hahakk..
sepanjang cuti  ni,gua banyak menghabiskan masa di kediaman mohor besar raja -raja (my home)..
nak dijadikan ceritanya tukang mengasuh adik perempuan saya itu sakit apo tah..then kena rehat seberapa lama yang mungkin..jadi gua terpaksa lah dengan rela hati yang tulus dan ikhlaihhh menjaga adik gua yang bucuk itu selama berbulan-bulan...wahahakkk...
selama nih gua ada wat tanam anggur belakang rumah,tapi hairan sekali pokok anggurnya tak pernah hidup..finally,gua terpaksa lah menjadi penganggur yang berjaya di rumah dengan mengasuh adikku yang nakal itu..
OMG!!
can't u imagine..>

~tiap-tiap hari dia ber*k..(buang air besar)..jd tukang membasuhnye aku lah..sapo lg kan..kan..?huhhhh
~tiap-tiap hari dia suka bangun awal kejut gua suruh buat susu..
~tiap-tiap hari dia nak gua layan dia main anak patung+layan cita kartun+main cakk..cakk apo tahh laa
~tiap-tiap hari nak suh gua snap pixtz dia..(gewdix kot)..tp nak wat macamna kan..gua layan je lah..pastu gua suruh dia snap pixtz gua yang cute ini pulak...euwwww!!(perasan je kan)..haha
~tiap-tiap hari kalo gua kuar nak lepak ngan member ja,terpaksa lah bawa dia skali..order milo ais jaa dia dah boleh diam daaa..hehe..(good gurl..i love you..)
~kadang-kadang time gua duk lepak ngan member pun, dia dah gaduh nak kenc*ng lah..siap nak ber*k lagi ouhh..adehh!!jenuh-jenuhhh..
~alhamdullah tahap kesabaran gua amat tinggi..hik3...

~dan perkara yang amat menyeronokkan sekali ialah sewaktu di taman permainan
ye lah..budak-budak kan suka main kat taman permainan..
antara salah satu tempatnya ialah di Taman Jubli Emas,kt gelanggang sukan lasak..

Puteri nih dia memang culture shock ckit..bila dah jejak tanah memang susah dah nak dikepungnya,,,
kepada orang ramai,gua minta maaf banyak-banyak jikalau anak anda terjatuh terkena pecutan adik gua ini okkkk.....!!i'm sorry....(jenuh-jenuh)


apabila sampai di tepi tasik..adik teman abang cuci-cuci mata taw..
cover2 line ckit nah,,,hahakk
jalan-jalan makan angin..~





 teringat kembali zaman gua time kanak-kanak dulu..
lebih kurang macam nih lah kot..hee:p




euwww!!apsal abang beral lagi nih...?
haha


minta perhatian yah>> pelampung keselamatan boleh digunakan ketika anak anda hendak terjun mandi di kolam ini
ini satu hal >boleh plak dia cakap nak terjun mandi...!
jenuh-jenuh..macam-macam...



P/S : bila difikirkan semula kisah gua tadi,dapat kita gambarkan betapa susahnya mak bapak kita menjaga kita dari sejak lahir ibarat " bagai menatang minyak yang penuh.."..
"Hargailah insan disekeliling anda yang berbuat baik kepada anda..."




BY HARI INI DAN SEMALAM


Monday, November 22, 2010

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ bermaksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.
tiada alasan untuk berjaya

oppp!!pocotttt!!!

datang mana plak mamat sorang nih kan..?
hehe




bila dah nak berjaya sangat...

ini lah hasilnya dengan hanya memakai selipar+seluar jean=akhirnya aku berjaya mendaki gunung yang tertinggi di dunia 
(nampak sangat aku bohong)..haha

but,i'm juz kidding ok..make sure anybody
'
PLZZ Dont try this at home..
hikhikhikkk....



P/S; dapatlah kita membuat penilaian bahawa untuk mencapai keinginan kita, kita perlu berusaha dengan gigih lagi bagi mencapainya bukannya memberikan pelbagai alasan sekiranya kita mengalami kegagalan. begitulah yang dikatakan orang ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.



by HARI INI DAN SEMALAM

INSOMNIA was attacked me...!!

Plzzz..!!somebody help me!!
Most adults have experienced insomnia or sleeplessness at one time or another in their lives. 
Do you know what is insomnia..??
 By definition,(mengikut note aku lah kan time skul dulu,,hehe)
 insomnia is "difficulty initiating or maintaining sleep, or both" or the perception of poor quality sleep. Insomnia may therefore be due to inadequate quality or quantity of sleep.

what is this..??adehhh!!

Insomnia boleh kita fahami dengan ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap  insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali.
(macam aku ja dok merungut nih..x boleh nak tido awal..)
haha
waktu jam aku sekarang menunjukkan pukul 3.30 pagi..
perghh..memang waktu ni orang-orang kampung+bandar+pekan+ulu...semuanya sudah sunyi sepi tinggal aku keseorangan ja yang masih berjaga malam..maklumlah sudah jadi burung hantu kot....huhhh


PLZZ!!DON'T TRY THIS AT HOME
P/S: x rugi kan kalo kita nasihat menasihati sesama kita, gua pun nasihat untuk diri gua ini juga..kepada yang sudah jadi burung hantu macam gua nih..
mari-marilah kita tidur dengan secukupnya,
tetapi, x salah kot kalo skali-skala tidur lewat...
kan..kann...??hik3
tetapi berpada-padalah jangan sampai kita menjadikan ia tabiat yang buruk sehingga kan membawa keburukan kepada diri sendiri..

by HARI INI DAN SEMALAM


Thursday, November 18, 2010

Salam aidiladha



Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat AidilfitriHikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladhaadalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.






BY HARI INI DAN SEMALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...