Followers

Thursday, December 30, 2010

MEDIA INDONESIA " MAIN API "

PEMAIN Malaysia ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.

Alhamdullillah..akhirnya skuad Harimau malaya telah menamatkan penantian menjuarai Piala  SUZUKI AFF untuk  menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara...
Awal-awal lagi sudah ku bilang..
si Garuda pasti benjol di kepala..haha
nah amek kaw!!

tetapi ada segelintir penyokong indonesia dan media indonesia yang masih belum dapat menerima hakikat yang pasukan mereka tewas.
            Lantas, PELBAGAI cara dicari media Indonesia untuk mencetus rasa marah penyokong Malaysia di Jakarta. Antaranya ada yang menyebut dengan bebas bahawa pemain sayap negara, S Kunanlan adalah pemain import dari India...KHAIRUL FAHMI CHE MAT adalah penjaga gawang import dari Jepun..adehh..pelik2..lawak gila tengok kenyataan geng2 indon nihh...macam budak-budak kecil..


Jelas media di negara republik ini akan menyiarkan apa sahaja yang mereka anggap tidak menyebelahi mereka termasuk hakikat insiden laser terlebih dulu bermula di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Selepas dikejutkan oleh kenyataan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan jurulatih skuad negara, K Rajagobal pada dua sidang akhbar berlainan kelmarin, yang mengatakan penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee turut menjadi sasaran laser, media Indonesia terus berdiam diri..COME ON LAHH...!!! 

Hanya saluran televisyen RCTI menayangkan klip tidak sampai 30 saat menunjukkan Sharbinee disuluh laser ketika bertemu Indonesia pada pertemuan peringkat kumpulan 1 Disember lalu. 

Namun isu itu tidak dibincangkan sebagaimana isu lain seperti gol Christian Gonzales yang dibatalkan pengadil ketika final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. 

Kenyataan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl yang mengatakan laser bukan punca kekalahan pasukannya juga diolah semula sehingga akhirnya wujud laporan pengendali Austria itu turut menyalahkan laser di Bukit Jalil. 





wahai media indonesia dan penyokong indonesia..belajar lah menerima kenyataan bahawa pasukan anda sudah tewas..


belajar dari kesilapan....~




by HARI INI DAN SEMALAM

1 comment:

cikdieyla said...

org 1st komen??uuu.. *terharu
indonesia kan..typical indonesian..err..follower anda tiade yg dari seberang kan?hehe :D *risau kena banned ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...