Followers

Thursday, December 9, 2010

TIDUR...TIDUR...DAN TIDURLAH...ZZZZZzzzzzzzzz......

Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari.
Ini bermaksud lebih lama anda tidur, maka lebih malas lah diri anda..do you agree with me...??haha
Hal yang sama juga akan berlaku sekiranya anda kurang tidur. Anda turut dikatakan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan sekiranya amalan kurang tidur ini dibiarkan berpanjangan.
gambar hiasan
Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mewujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999.
(Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)
Oleh yang demikian, tidurlah mengikut tempoh yang disarankan. Tidur yang berkualiti akan memberi kesan yang positif terhadap diri anda...
tetapi x tahulah diri kita nih macam mana kan..?kan..?kita kena beringatlah..nak tidur lama2 pun agak2 lah..jangan sampai tinggal amalan yang wajib..hehe
tetapi gua pun kadang-kadang tuh..kalo da sedapp tidur sangat...memang gua layan jepp..hahakk
selamat beramal...~

by HARI INI DAN SEMALAM

7 comments:

Anisa Hang Tuah said...

tidur itu sedap

iskandarzulkarn9 said...

yurpp..memamng..
kalo sejuk2...lagi beshh ouhh.
haha

::FAIZ FARISH:: said...

aku suka tido, kalau hr cuti, tido je la kerja aku....

sue. said...

tidu itu hobi sue ok...ngeaaa

☆aDihAys☆ said...

bestnyer tdo..mase cuti ni boleh la nk tdo smpai 7jam..tp ble dah stat class nnt saye tdo 4 ke 5 jam..okey la tu kn..

mr.syazwan said...

tido x cukup mood x stabil

eye back pun akan kelihatan

huhu

armouris said...

info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...